Thursday, July 30, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 7

*** sambungan episod 6 ***
Haris terus berlalu ke kamarnya. Dia berasa gembira apabila berjaya mengenakan orang gajinya itu tadi. Salina hanya memandang susuk tubuh tuannya sehingga tidak kelihatan.
"Gagap dikatanya aku? takde insurans mulut betul la tuan aku ni," bebel Salina sendirian.
"Hmmm...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10! haaa..ok je..laju jer aku kira..tang mana gagapnya? ishh..ishh..ishh En.Haris..En.Haris..macam-macam ragam," sangkal Salina dengan kata-kata tuannya tadi.
"Ting..Ting..Ting..," Salina menoleh ke arah jam besar diruang tamu itu.
"Laaaaaaa.......dah pukul 3.00 pagi..adush! awat aku kat sini lagi," sedar Salina akan dirinya yang masih berada diruang tamu. Salina mengatur langkah ke bilik selepas memastikan pintu dan pagar rumah berkunci.
Sebelum tidur, Salina mengunci jam locengnya agar dia tidak terlewat bangun nanti. Azan subuh yang berkumandang menyedarkan Salina dari diulit mimpi-mimpi indah.
"Aishhh..tak logik..merepek betul mimpi ni. Kenal pun tak ngan mamat tu, cam mana pulak lah boleh sesat dalam mimpi aku..kalau pelakon Farid Kamil tu baru logik sikit..tiap hari aku jumpa pelakon tu..tapi dalam tv..hahaha..," tawa Salina bila memikirkan mimpinya itu. Ntah kenapa, Inspektor Shahrin yang dimimpinya sedangkan baru pertama kali dia bersua muka dengan Tuan Inspektor itu, itupun semalam.
"Mimpi ni kalau dilayan memang tak jadi kerja aku nanti," Salina terus bangkit dari katil lalu mencapai tuala.
Selepas membersihkan diri Salina menjalankan kewajipannya sebagai seorang umat Islam. Setelah selesai, telekung dan sejadah dilipat dan digantungkan dengan hanger. Dia akan memastikan biliknya kelihatan kemas sebelum memulakan rutin hariannya dirumah besar ini. Meskipun dia tahu majikannya tidak pernah sesekali memeriksa biliknya tapi bagi dirinya harta benda orang haruslah dijaga dengan baik dan elok. Sesudah berpuas hati dengan keadaan bilik, Salina menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat majikannya.
"Selamat pagi Salina," sapa Datin Marissa.
"Pagi Datin," balas Salina dengan senyuman.
"Sedapnya bau..erm, bau nasi lemak ni sampai ke bilik auntie tau..," puji Datin Marissa.
"Ni baru bau..belum lagi Datin makan..sedapnya hingga menjilat jari, hihihihi...," gurau Salina.
Datin Marissa ketawa melihat keletah Salina. Dia amat menyenangi sikap gadis sunti ini. Malah gadis ini sudah pun dianggap seperti darah dagingnya. Lantaran itu, dia menyuruh Salina memanggilnya auntie saja agar hubungan lebih mesra lagi tetapi anak gadis ini masih lagi memanggilnya 'Datin'. Malah suaminya juga dipanggil Dato' oleh Salina bukannya uncle.
Datin Marissa dan Dato' Hanafi tidak mahu memaksa Salina, mereka tahu Salina mungkin berasa segan untuk memanggil mereka dengan gelaran begitu. Namun, keselesaan Salina lebih penting bagi pasangan suami isteri itu. Salina menjadi teman Datin Marissa dikala dirinya sepi dan sunyi dirumah besar ini. Nak harapkan Si Haris, memang tak lekat dirumah langsung. Ntah apa nak jadi dengan anak tunggalnya itu, kerja pun tidak walhal telah diajak oleh suaminya membantu menguruskan business keluarga. Tetapi alasan anaknya itu, tidak mahu bekerja dengan papanya sendiri.
*** bersambung ***

1 comment:

  1. Wynn casino in Las Vegas will soon be open to - MJH
    The 용인 출장안마 Wynn Las Vegas will soon be open to 포천 출장안마 the public for 오산 출장마사지 access to its resort casino, 구미 출장안마 Encore at Wynn Las Vegas. 충청북도 출장샵

    ReplyDelete