Saturday, July 4, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 6

*** sambungan episod 5 ***

Shahrin pula hanya memerhatikan tingkah laku Salina dan kemudian memandang ke arah Haris. Shahrin dapat menangkap apa yang terlintas dibenak fikiran Haris dan cuba menahan gelak bila terpandang kenyitan mata Haris.

Sememangnya Haris suka sangat mencari pasal dengan orang gajinya ini. Haris tidak tau mengapa, kenapa atau sebab apa? Baginya apa yang dilakukan oleh Salina serba-serbi kekurangan dimatanya. Dia juga tidak tahu kenapa papa dan mamanya amat menyenangi sikap Salina. Tambahan pula kedua orang tuanya juga telah menganggap diri Salina sebahagian daripada keluarga mereka dan sentiasa menjaga kebajikan Salina. Pernah suatu ketika mamanya memarahi dan menegur sikapnya apabila terpandang akan dirinya memarahi Salina dihalaman luar rumah. Puncanya hanya kerana Salina sengaja lewat membangunkan dirinya untuk pergi menghadiri temuduga. Walhal Salina telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Huh! Kau kan memang sengaja nak balas dendam dengan aku. Kau fikir aku tak tau kau sengaja nak biarkan aku terlepas interview ni kan!!!," tempik Haris lalu membuatkan Salina terkedu dan berasa terguris hati.
"Bu..bu..bu..," terketar-ketar suara Salina.
"Bu..bu..bu..Bu apa?! Kau ingat aku lembu! hah!!!," tempik Haris lagi.
"Ti..ti..ti..," tersangkut-sangkut suara Salina cuba menerangkan keadaan sebenar.
"Ti apa?! Tikus!! Kau ni kan memang ada penyakit parkinson eh! tergagap-gagap dari tadi! huh!," berdesing telinga Salina mendengar kata-kata En.Haris.
Salina cuba mengawal dirinya supaya tidak terlalu mengikutkan emosi. Dia tahu disaat ini, dia perlu bijak mengawal api yang sedang marak itu meskipun hatinya sakit diperlakukan begitu. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjelaskan keadaan sebenar.
"Maafkan saya Encik Haris. Saya dah ketuk pintu Encik seperti yang Encik suruh..bukan sekali dua tapi banyak kali..kebetulan Datin lalu dan melarang saya dari terus cuba mengejutkan Encik. Datin mahu Encik berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain," terang Salina dengan lancar dan tidak tergagap-gagap seperti tadi.
"Argh! alasan jer tu..huh! Kau tu yang ketuk pintu lembik sangat..Kalau kau ketuk kuat mesti aku dah dengar punya," balas Haris dan berlalu pergi.
"Laa..buang ayaq liur aku jer cakap ngan dia ni, boleh pulak dia tak caya..aiyark..orang mcm ini pun ada kaa..," keluh Salina dengan sikap tuannya itu. Salina begitu kecewa dengan sikap tuannya. Ntah mengapa setiap kali penjelasan yang diberikannya sukar benar diterima. Malahan tuannya menganggap apa yang cuba disampaikan olehnya hanyalah rekaan dan dusta belaka. Sepanjang dia bekerja 2 tahun dirumah Dato' Haris dan isteri Dato' iaitu Datin Marissa, tidak pernah sekalipun En.Haris menyenangi dirinya. Pelbagai perkara telah pun dilakukan untuk mengambil hati tuannya tetapi ianya hanyalah sia-sia sahaja.
Salina beruntung kerana isteri Dato' Hanafi juga seorang yang baik hati, lemah lembut, mudah mesra dan penyayang. Dia amat bersyukur kerana dikurniakan majikan seperti Dato' dan Datin. Walaupun dirinya hanyalah sebagai orang gaji dirumah mewah itu tetapi Datin Marissa melayan dan menyayanginya tidak ubah seperti seorang anak. Kadang-kala dia terfikir nama En.Haris ni mungkin di ambil daripada gabungan nama Dato' dan Datin iaitu daripada suku kata Ha dan Ris. Tetapi untuk bertanya sendiri kepada Datin, dia tidak berani sama sekali.
"Danggggg!" terkejut Salina apabila mendengar bunyi pintu rumah yang ditutup oleh Encik Haris itu dan mengembalikan dirinya ke alam nyata. Dia tidak sedar bila Inspektor Shahrin pulang dan bila masanya En.Haris menghantar Inspektor Shahrin ke muka pintu.
"Adush..mati aku, sat lagi aku mesti kena marah ni..huhuhu," duga Salina di dalam hati.
Salina masih lagi tidak berganjak dari tempatnya dan menanti arahan tuannya. Haris menuju ke arah Salina dengan wajah yang masam mencuka dan tiada secebis senyuman terukir dibibirnya.
"Yang kamu tercegat kat sini lagi kenapa?" soal Haris dan terus berlalu pergi tanpa sempat Salina membalas.
Ternyata dugaan Salina meleset lagi. Selalunya, jarang sekali tuannya melepaskan peluang memarahinya tambahan pula Dato' Hanafi dan Datin Marissa sedang nyenyak tidur ketika ini.
"Nak kata teguk air syaitan..erm...tak jugak..takde gaya org mabuk pun," Salina mengomel sendirian.
"Oiii..gagap..kalau kau nak jadi patung kat situ pun blh jugak!" laung Haris dari jauh apabila menyedari diri Salina masih tidak memberikan apa-apa reaksi.

*** bersambung ***

2 comments: