Thursday, July 2, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 5

*** sambungan episod 4 ***
Tampak jelas kelihatan Salina seakan-akan terkejut dengan kepulangan tuannya. Dia tidak mahu tuannya memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang dirinya. Tambahan pula, waktu pagi-pagi buta begini memang tidak manis jika lelaki dan perempuan dilihat berdua-duaan. Walaupun Salina tau dirinya tidak membuat perkara yang bukan-bukan tetapi apa yang dikhuatiri pandangan atau persepsi jiran tetangga. Tahu sajalah masyarakat sekarang suka memandang negatif dan membuat andaian sendiri tanpa menanya perkara yang sebenar.
"Ada apa ni Salina? Kau ni pulak Shah buat apa kat sini?," soal Haris sekaligus mematikan kerisauan Salina.
"Ermm...tak der apa-apa Encik Haris, Tuan Inspektor cuma mahu pulangkan telefon bimbit Encik," jujur Salina menjawab.
"Telefon bimbit? aiyark...skema nya aku..huhuhu," sedar Salina akan perkataan yang digunakannya sebentar tadi. Mujurlah omelannya kurang jelas kedengaran, kalau tidak mesti tuannya fikir dirinya ada hati hendak menjadi orang bandar.
Sememangnya Salina berasa takut dengan tuannya. Nak kata rupa En.Haris garang, tak juga,hensem dan kacak lagi adalah. Malah turut mewarisi rupa paras Dato' Hanafi iaitu papa En.Haris sendiri. Warna kulit En.Haris pula putih kemerahan dan tubuh badannya pun boleh tahan tegapnya. Silap-silap boleh jadi model gitu. Apa yang pelik sikap dan tingkah laku Dato' Hanafi dan En.Haris sungguh berbeza sekali bagaikan langit dengan bumi. Dato' amat menitik beratkan soal agama dan beliau juga merupakan seorang yang peramah, mudah bergaul mesra dengan siapa sahaja serta sentiasa mementingkan kebajikan pekerjanya. Ianya jelas ketara dengan sikap En.Haris yang merupakan satu-satunya anak tunggal Dato' Hanafi.
Perbezaan sikap ini juga turut mempengaruhi perasaan takut yang sedia ada terhadap tuannya selain daripada sikap tuannya yang sukar diduga. Tuannya akan berpura-pura berlagak baik terhadap dirinya setiap kali berada dihadapan Dato' Hanafi. Ketika itu, segala sifat buruk tuannya hilang sama sekali. Dia juga tidak pernah mengadu kepada Dato' Hanafi akan perangai sebenar En.Haris kerana dia tidak sanggup merosakkan hubungan baik dua beranak itu.
"Yupz, betullah apa yang Salina kata tadi. Aku ingat nak pulangkan esok jer tapi mana laa tau tup-tup ada emergency case ke kau nak guna handphone, tu yang aku pulangkan pagi ni gak. Nak contact kau...hmmm...memang tak dapat laa kan so umah kau ler yang aku ketuk," jelas Shahrin dengan panjang lebar sekali sekaligus mematikan khayalan Salina.
"Mana handphone saya?" soal Haris sambil menjeling ke arah Salina.
Salina tunduk dan menghulurkan handphone kepada En.Haris tanpa sebarang bunyi. Dia takut untuk mendongak dan memandang muka tuannya tambahan pula suara tuannya kedengaran begitu tegas sekali. Lantai marmar menjadi tempat perhentian mata Salina sambil menunggu arahan selanjutnya daripada tuannya, En.Haris.

*** bersambung ***

4 comments:

  1. wat la panjang skit..pendek sngat nak baca

    ReplyDelete
  2. saje jer wat pendek2..hihihi..nk tarik org yg kurg minat mbaca =)

    insyaALLAH, next n3 ben try pnjgkan..

    btw..thankz 4 ur comment ^_^

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..thanx for visiting my blog..
    wahh nice try! next time, make it longer kay..;-)

    ReplyDelete
  4. thankz org ganu..i'll try my best =)

    ReplyDelete