Saturday, July 4, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 6

*** sambungan episod 5 ***

Shahrin pula hanya memerhatikan tingkah laku Salina dan kemudian memandang ke arah Haris. Shahrin dapat menangkap apa yang terlintas dibenak fikiran Haris dan cuba menahan gelak bila terpandang kenyitan mata Haris.

Sememangnya Haris suka sangat mencari pasal dengan orang gajinya ini. Haris tidak tau mengapa, kenapa atau sebab apa? Baginya apa yang dilakukan oleh Salina serba-serbi kekurangan dimatanya. Dia juga tidak tahu kenapa papa dan mamanya amat menyenangi sikap Salina. Tambahan pula kedua orang tuanya juga telah menganggap diri Salina sebahagian daripada keluarga mereka dan sentiasa menjaga kebajikan Salina. Pernah suatu ketika mamanya memarahi dan menegur sikapnya apabila terpandang akan dirinya memarahi Salina dihalaman luar rumah. Puncanya hanya kerana Salina sengaja lewat membangunkan dirinya untuk pergi menghadiri temuduga. Walhal Salina telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Huh! Kau kan memang sengaja nak balas dendam dengan aku. Kau fikir aku tak tau kau sengaja nak biarkan aku terlepas interview ni kan!!!," tempik Haris lalu membuatkan Salina terkedu dan berasa terguris hati.
"Bu..bu..bu..," terketar-ketar suara Salina.
"Bu..bu..bu..Bu apa?! Kau ingat aku lembu! hah!!!," tempik Haris lagi.
"Ti..ti..ti..," tersangkut-sangkut suara Salina cuba menerangkan keadaan sebenar.
"Ti apa?! Tikus!! Kau ni kan memang ada penyakit parkinson eh! tergagap-gagap dari tadi! huh!," berdesing telinga Salina mendengar kata-kata En.Haris.
Salina cuba mengawal dirinya supaya tidak terlalu mengikutkan emosi. Dia tahu disaat ini, dia perlu bijak mengawal api yang sedang marak itu meskipun hatinya sakit diperlakukan begitu. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjelaskan keadaan sebenar.
"Maafkan saya Encik Haris. Saya dah ketuk pintu Encik seperti yang Encik suruh..bukan sekali dua tapi banyak kali..kebetulan Datin lalu dan melarang saya dari terus cuba mengejutkan Encik. Datin mahu Encik berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain," terang Salina dengan lancar dan tidak tergagap-gagap seperti tadi.
"Argh! alasan jer tu..huh! Kau tu yang ketuk pintu lembik sangat..Kalau kau ketuk kuat mesti aku dah dengar punya," balas Haris dan berlalu pergi.
"Laa..buang ayaq liur aku jer cakap ngan dia ni, boleh pulak dia tak caya..aiyark..orang mcm ini pun ada kaa..," keluh Salina dengan sikap tuannya itu. Salina begitu kecewa dengan sikap tuannya. Ntah mengapa setiap kali penjelasan yang diberikannya sukar benar diterima. Malahan tuannya menganggap apa yang cuba disampaikan olehnya hanyalah rekaan dan dusta belaka. Sepanjang dia bekerja 2 tahun dirumah Dato' Haris dan isteri Dato' iaitu Datin Marissa, tidak pernah sekalipun En.Haris menyenangi dirinya. Pelbagai perkara telah pun dilakukan untuk mengambil hati tuannya tetapi ianya hanyalah sia-sia sahaja.
Salina beruntung kerana isteri Dato' Hanafi juga seorang yang baik hati, lemah lembut, mudah mesra dan penyayang. Dia amat bersyukur kerana dikurniakan majikan seperti Dato' dan Datin. Walaupun dirinya hanyalah sebagai orang gaji dirumah mewah itu tetapi Datin Marissa melayan dan menyayanginya tidak ubah seperti seorang anak. Kadang-kala dia terfikir nama En.Haris ni mungkin di ambil daripada gabungan nama Dato' dan Datin iaitu daripada suku kata Ha dan Ris. Tetapi untuk bertanya sendiri kepada Datin, dia tidak berani sama sekali.
"Danggggg!" terkejut Salina apabila mendengar bunyi pintu rumah yang ditutup oleh Encik Haris itu dan mengembalikan dirinya ke alam nyata. Dia tidak sedar bila Inspektor Shahrin pulang dan bila masanya En.Haris menghantar Inspektor Shahrin ke muka pintu.
"Adush..mati aku, sat lagi aku mesti kena marah ni..huhuhu," duga Salina di dalam hati.
Salina masih lagi tidak berganjak dari tempatnya dan menanti arahan tuannya. Haris menuju ke arah Salina dengan wajah yang masam mencuka dan tiada secebis senyuman terukir dibibirnya.
"Yang kamu tercegat kat sini lagi kenapa?" soal Haris dan terus berlalu pergi tanpa sempat Salina membalas.
Ternyata dugaan Salina meleset lagi. Selalunya, jarang sekali tuannya melepaskan peluang memarahinya tambahan pula Dato' Hanafi dan Datin Marissa sedang nyenyak tidur ketika ini.
"Nak kata teguk air syaitan..erm...tak jugak..takde gaya org mabuk pun," Salina mengomel sendirian.
"Oiii..gagap..kalau kau nak jadi patung kat situ pun blh jugak!" laung Haris dari jauh apabila menyedari diri Salina masih tidak memberikan apa-apa reaksi.

*** bersambung ***

Thursday, July 2, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 5

*** sambungan episod 4 ***
Tampak jelas kelihatan Salina seakan-akan terkejut dengan kepulangan tuannya. Dia tidak mahu tuannya memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang dirinya. Tambahan pula, waktu pagi-pagi buta begini memang tidak manis jika lelaki dan perempuan dilihat berdua-duaan. Walaupun Salina tau dirinya tidak membuat perkara yang bukan-bukan tetapi apa yang dikhuatiri pandangan atau persepsi jiran tetangga. Tahu sajalah masyarakat sekarang suka memandang negatif dan membuat andaian sendiri tanpa menanya perkara yang sebenar.
"Ada apa ni Salina? Kau ni pulak Shah buat apa kat sini?," soal Haris sekaligus mematikan kerisauan Salina.
"Ermm...tak der apa-apa Encik Haris, Tuan Inspektor cuma mahu pulangkan telefon bimbit Encik," jujur Salina menjawab.
"Telefon bimbit? aiyark...skema nya aku..huhuhu," sedar Salina akan perkataan yang digunakannya sebentar tadi. Mujurlah omelannya kurang jelas kedengaran, kalau tidak mesti tuannya fikir dirinya ada hati hendak menjadi orang bandar.
Sememangnya Salina berasa takut dengan tuannya. Nak kata rupa En.Haris garang, tak juga,hensem dan kacak lagi adalah. Malah turut mewarisi rupa paras Dato' Hanafi iaitu papa En.Haris sendiri. Warna kulit En.Haris pula putih kemerahan dan tubuh badannya pun boleh tahan tegapnya. Silap-silap boleh jadi model gitu. Apa yang pelik sikap dan tingkah laku Dato' Hanafi dan En.Haris sungguh berbeza sekali bagaikan langit dengan bumi. Dato' amat menitik beratkan soal agama dan beliau juga merupakan seorang yang peramah, mudah bergaul mesra dengan siapa sahaja serta sentiasa mementingkan kebajikan pekerjanya. Ianya jelas ketara dengan sikap En.Haris yang merupakan satu-satunya anak tunggal Dato' Hanafi.
Perbezaan sikap ini juga turut mempengaruhi perasaan takut yang sedia ada terhadap tuannya selain daripada sikap tuannya yang sukar diduga. Tuannya akan berpura-pura berlagak baik terhadap dirinya setiap kali berada dihadapan Dato' Hanafi. Ketika itu, segala sifat buruk tuannya hilang sama sekali. Dia juga tidak pernah mengadu kepada Dato' Hanafi akan perangai sebenar En.Haris kerana dia tidak sanggup merosakkan hubungan baik dua beranak itu.
"Yupz, betullah apa yang Salina kata tadi. Aku ingat nak pulangkan esok jer tapi mana laa tau tup-tup ada emergency case ke kau nak guna handphone, tu yang aku pulangkan pagi ni gak. Nak contact kau...hmmm...memang tak dapat laa kan so umah kau ler yang aku ketuk," jelas Shahrin dengan panjang lebar sekali sekaligus mematikan khayalan Salina.
"Mana handphone saya?" soal Haris sambil menjeling ke arah Salina.
Salina tunduk dan menghulurkan handphone kepada En.Haris tanpa sebarang bunyi. Dia takut untuk mendongak dan memandang muka tuannya tambahan pula suara tuannya kedengaran begitu tegas sekali. Lantai marmar menjadi tempat perhentian mata Salina sambil menunggu arahan selanjutnya daripada tuannya, En.Haris.

*** bersambung ***

Sunday, June 28, 2009

My 2nd AWARD =)

yabedaaabedoooo....Ben dpt award lagi..wiwiwiwi..award ni dari G-jah..dah lame dah die bagi..tapi Ben xberkesempatan nak amek..ngeee~Thankz yaa (",)
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :
1) G-jah...selaku clasmate Ben time degree dan merangkap coursemate dr dip dan degree..

2) G-jah...org nyer kecik2 molek..tomey2 gitu..wiwiwi
3) G-jah...kuat mam cili wooo...Ben pn kalah...
4) G-jah...Ben tabik spring cara die blajar..bapak relaks tp result gempak beb..
5) G-jah...ku pikir kamu pendiam, skali bercakap boleh tahan gak meriahnya..hahaha=D

Nyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award sepenuhnya :
1) Ben xtau Ben ni pdiam ke x..hehehe..ade org kate pdiam ade yg kate x..nthlaa..

2) Hobi Ben suka melukis tp laa ni suka karox..hihihi..
3) Ben ade bad habit..jeng3..takot angkat fon org yg xkenal..huhuhu..so pd yg xkenal Ben jgn gatal2 col naa..yg dah kenal pn takot jugak..harharhar..
4) Gila bola..tmbh kalo totti, ballack ngn beckham yg main..huhuhu..cair beb! ngee~
5) Bukan seorg pemaaf dan bukan senang nak mintak maaf melainkan kalau betul2 Ben yg salah..
6) Ben xkacau org dan org jgn kacau Ben..
7) Susah nak jatuh cinta dan terima org..
8) Seorg yang degil...
9) Xreti nak berkomunikasi especially lelaki..lidah kaku terus tp lame2 tu wookeyh ar..hihihi..
10) Bekas komander..yabeen gieigielz..senior Ben yg bg nickname ni =)

Pilih 10 penerima award seterusnya dan describelah tentang mereka :
1) Eikha - my housemate,clasmate, kaki buku..

2) C-Da Anggun - my clasmate, operation manager..hal2 dapur mmg die pndai handle..hihihi..
3) Ain Michuchips - my clasmate, kalo die dpt berckp mmg ssh nak berhenti..hehehe..
4) Dalila - my clasmate, roommate mber aku GG-Mon, sopan santun org nyer..huhuhu..
5) Dik Staq - die ialah amy search (fakta ka auta?), kenal kat lets chat, kanak2 yg hyper aktif..huhuhu..
6) Kupah - usah biarkan hidup anda diselubungi misteri..hahaha..friendly..
7) Dila_Bebola - bestfren Ben..seorg planner yg berjaya..hihihi..esp bab jalan2..har3
8) Hajar_Sotong - mber main badminton..die slalu klh lwn ngn Ben..hahaha=D..juga mber sekolah smpai laa ni..
9) Award ini juga Ben paskan wat sape2 yg jadi followers Ben..khas utk anda =)
10) Sape2 pun boleh..baik visitors or bloggers..

Saturday, June 27, 2009

SAAT KETAKUTAN MEMBELENGGU DIRI...

Tanggal 27 Jun 2009..

1:04am - Ben tiba dirumah dan dihantar pulang oleh Dylla...Mesti korg nak tau Ben dari mana kan? kan? kan? hihihihi...Ben kuar dgn Dylla dan Hajar...kiteorg takde lah merayap jauh mana pun...just pegi area Shah Alam jer untuk menghilangkan rasa bosan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim yg ade..hahahaha..sempat jugalah Ben dgn Hajar menjadi Gugu Gaga Dylla disana..kuikuikui..balik dari Shah Alam kiteorg pegi kapitan area blkg umah Ben coz Dylla nak surf internet..then balik..
2:00am - Ben duduk didalam bilik Ben sambil merehatkan sendi2 yg kelenguhan..igt jap gi baru nak solat Isya'..tup2 gol terus..hihihi..Sebelum gol, sempat juga la Ben bergayut dengan Dylla..nak tau kenapa??? Si Dylla rupanye pengecot drive sorg2 time balik..hahaha..pe lagi Ben guna peluang yg ada menyakat nye dgn menggunakan cerita2 yg menyeramkan..harharhar..
3:40am - Ben tersedar dari tido kerana batuk Ben yg tak henti-henti..Ben mmg xberapa sihat sgt..Batuk ni pun dah 2weeks..demam pun sat dtg sat tak..Hope, bkn pyakit H1N1 sudah lah..huhu..Then, Ben teringat Ben belum solat Isya' lagi..time nak pegi amik wuduk tu cuak jugak laa..tu laa takutkan Dylla tadi alih2 Ben yg takut pulak..huhu..
4:00am - Ben kuar bilik untuk minum ubat batuk sebelum tido balik..sebelum tido sempat jugalah Ben main chat 'Mlife' sekejap then terus lena..Bila dah makan ubat batuk mmg tido sakan laa sampai subuh Ben pun dah terlajak..aiyark..
8:50am - Ben baru tersedar dari tido..ntah kenapa, bila buka je mata Ben rasa siling bilik Ben berputar...Ben pejam balik mata then buka tapi still berputar gak...dah sudah..time tu kepala Ben Tuhan jer tau rasa macam kena hempap batu jer...tiba-tiba Ben terfikir.."Sudah sampai ke ajal aku?"..takut juga la time tu..air mata mmg kluar sdri..Ben siap mengucap awal-awal takut xsempat nnt..Seumur hidup Ben xpernah Ben rasa sakit kepala dan putaran yg macam ni..slalunya Ben tgk dlm tv je kamera dok goyang2 b4 pelakon pengsan..
9:30am - Putaran tu sat dtg sat tak..Then, Ben try tukar tempat tidur..Ben tidur kat bwh, bukan kat atas katil..kot bila lelap sekejap hilang biol kepala Ben ni ke..Tup2 putaran tu maii lagi..Mengucap mmg byk kali dah..toksah nak ckp laa..huhuhu..dok tgh gelisah2 tahan sakit kepala, Ben berfikir lagi.."takkan ni effect makan ubat batuk kot?"..B4 ni ubat batuk tu dah pnh mkn tp wookeyh jer..hmm..tgk xhilang2 jugak pening ni, Ben bangun, kuar bilik dan duduk kat ruang tamu..
10:30am - dah lepak2 1hour..Igtkan dah elok..so Ben telan 2biji panadol..Then, try baring2..tup2 selang brape minit dtg balik..dah sudah..penyakit ape pulak aku ni..huhuhu..kepala rasa mcm dah nk kena bom pn ade gak..Lastly, Ben amek towel then pergi mandi..pergh, bila air kena kepala sedapnye..ringan sikit..mak Ben soh pegi klinik dgn ayah Ben tp Ben tak mahu..hehehe..malas laa..
2:00pm - tgh sedap2 baring tgk cite hindustan, dtg lagi penyakit tu...Ben tgk perabot rumah dok berputar cam men kejar2 je..huhuhu..air mata kuar lagi..huhuhu...nangis pun sorok2 cover dengan bantal..takut parent nmpk..
2:30pm - Ben gagahi diri bangun, ambil wuduk dan terus solat...Alhamdulillah, doa Ben dimakbulkan Allah..kesakitan sudah berkurangan..putaran tu pun dah hilang..itulah kebesaran ALLAH S.W.T..sentiasa mendengar rintihan hamba-hambanya...Syukur Alhamdulillah...
***** Ben sekadar ingin berkongsi cerita dengan kalian semua =) *****

Wednesday, June 24, 2009

ZAMAN dah berubah, DUNIA dah maju..PERANGAI ???

Actually, cite ni dah lame time bulan lepas..Ben xberkesempatan nak share ngn korg semua..so bile dah free ni why not Ben share ngn korg..just sekadar renungan bersama..mesti korg tertanya2 kan dengan title ni..
Bulan5 ari tu, Ben teman member Ben si Dylla pegi Johor coz die nak amek muet...Leen pun follow gak..Kiteorg tolak ari Ahad...kira Leen ngn Dylla nak tumpang tido umah sewa Ben..dats why Ben ikut skali..even tgh cuti sem time tu...kiteorg tolak area kol3 rasanye..kira sampai Johor time Maghrib nak ke Isya'...pas letak semua barang2 kat umah sewa Ben, so kiteorang terus gi makan malam..bukan fast food..tp kat kedai makan biasa jer..name tempat tu dirahsiakan..hehehe...Ben ngn mber2 Ben masing2 nak makan nasi...kalau tak makan nasi memang sah tak kenyang kiteorg nk tido nnt...hahaha..
Makanan kat situ wookeyh and sedap lah jugak tapi yg agak kurg wookeyh nye org yg keje kat situ..just seorg pekerja jer yg cm spoiled skit..mmg xsalah kalo nak take order sambil beramah mesra ngn customer..tapi attitude tu jagalah sikit..smbil take order smbil nk jual minyak ape kes...taulah kiterog student tapi at the same time kiteorg ni customer jugak..kalo wat keje tu cekap xpelah jugak..haishh...mmg "mamat gatal" betul...mber Ben tanya lain, lain pulak mamat tu jawab..melawak xkena tempat betul..
Pas dah selsai mkn, so kiteorg pegi laa kaunter nk byr...blh pulak "si mamat gatal" tu mintak no.tel mber Ben..xde makne nyer mber Ben nak bagi..pastu mamat tu wat story sedey kononnyer die tau die ni kerja biasa2 jer xsesuai ngn kiteorg yg student ni..plzzz laaaa taktik dah basi betol, budget mber Ben nak layan...
Wookeyh kite tinggalkan cite "mamat gatal" tu...Keesokkan harinya, selepas Dylla amek muet..kiteorg cdg nk gi Sagil..ye lah Leen xpnh gi Sagil lagi so saje jer kiteorg igt nk bawak die gi mandi manda alang2 dah turun Johor..ari tu Sagil xramai sangat coz kiteorg pegi hari bekerja ari Isnin..hihihi...igt tempat tu kiteorg yg punya nnt..tup2 bila dah pilih port baik punya..aduhaiii...malang xberbau...kiteorg kena kaco ngn "group bdk2 gatal + miang keladi"...ape lah nasib badan...huhuhu..Leen sikit punya cuak dah..then, Ben ngn Dylla just cool kan die..insyaAllah xde ape2..wat bodo jer...igt dorg just kaco dari jauh tup2 turun gi kat port kiterorg..masyaAllah..Ben rasa mcm sedeyh sgt time tu..pesal laa suka ggu ketenteraman orang lain..bayangkan "group bdk2 gatal + miang" sikit punya mndi tempat tinggi..larat pula turun naik tangga nk gi port kiteorg.. Leen memang dah gelabah sakan..Dylla pn dah naik cuak bile tgk Leen gelabah...time tu Ben hanya doa dalam hati moga xde ape2 yg xelok blaku..padahal b4 ni Ben ngn Dylla dah byk kali gi Sagil tp xdelah seteruk ni..stakat bdk2 bersiul mmg dah lali..tp xdelah smpai brani gi kt tmpt org len..
Dah tak tahan ngn "group bdk2 gatal + miang" tu, kiteorg pe lagi pack brg gi mandi kat tempat yang ade family..Allah S.W.T je tau mcm mane perasaan kiteorg time tu..dah mcm pelarian pun ade gak kiteorng ni..takut kena ikut dr blkg...jntung mmg dah mcm lari 100 meter...hahaha..igtkan 2nd place punye port safety..tup2..biawak pula maiiii...dah sudah...lari lagi kiteorg...adush..penat gile time tu..hahaha...last place, kiteorg pilih tmpat yg paling bwh skali...tmpat tu just ade bdk2 kecik je..hahaha..bedal je laaa..jnji dpt mandi manda...tgh syok2 mandi, dtg pulak pulak "group laki2" lain...hahahaadoiii..dugaan betul..huhuhu..
Last2..kiteorg pack barang and balik KL terus...Kesian Leen, pglmn 1st time gi Sagil mengerikan die..hahahaha..maaf laaa yer....tak tau mcm mane ley jadi cmni..slalunye wookeyh jer kiteorg pegi...hihihi..wrong time agk nye ;)

" SELOKA CLASS 5CEKAP "

Setelah penat mengembara,
Singgah di gerai makan mee,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembuka kata aluan kami.
Nyonya manis memandu kereta,
Dari Melaka hingga ke Muar,
Seloka 5 Cekap empunya cerita,
Buat tatapan anda semua.
Ketika happy kami dekati,
Bila marah kami jauhkan diri,
Puan Azura guru kelas kami,
Mengajar akaun teror sekali.
Orangnya garang tetapi menawan,
Itulah Yana ketua tingkatan,
Lawak spontan tak boleh tahan,
Assistant Yana itulah Nirman.
Suaranya kuat bertubuh genit,
Sering membebel di waktu pagi,
Selalu menjerit meminta duit,
Kalau bukan Jaja sapa lagi.
Salman dan Amir Khan hero pujaan,
Kalau terlepas terus badmood,
Filem Hindustan menjadi gilaan,
Itulah Vanee, Malar dan Shaaru ratu bollywood.
Waktu pertama tak nampak bayang,
Mai, Yan, Sitti dan Ramya sibuk memanjang,
Berseluar putih bertali pinggang,
Si Amar kita kuat bersembang.
Tinggi dan rendah bukan persoalan,
Untuk menjadi sahabat yang berkekalan,
Affandi dan Mohammad menjadi ikutan,
Bagi sesapa yang hendak berkawan.
Amat pendiam di dalam kelas,
Duduk ditepi bahagian dinding,
Pek Kuan dan Pek Leng kembar seiras,
Berkawan dengan Saleha dan Wai Ping.
Gosip ketawa seiring bersama,
Agenda utama Leen dan Dila,
Ema dan Eiman dalam situasi sama,
Terasa pening duduk disebelah orang gila.
Kelas 5C tidak akan berseri,
Tanpa gelagat dan karenah mereka,
Ayie dan Kerry selalu dimarahi,
Shafik dan Apek ketawa gembira.
Berbakat besar dalam tarian,
Masuk ke kelas jalan berlenggang,
Zati dan Adelia empunya gerangan,
Selalu bersama tak pernah lekang.
Walaupun perangai jauh berbeza,
Azim dan Yana sering bersama,
Si Hada pula happy aje,
Boleh bergaul dengan semua.
Tambah, tolak, darab, bahagi,
Sudah sebati dalam diri,
Sering mendapat markah tinggi,
Kai Loon dan Kar Heng empunya diri.
Duduk tersenyum sambil berangan,
Di dalam kelas sopan sekali,
Aqilah dan Filza menjadi rebutan,
Nasyrah hanya mendiamkan diri.
Valentine's Day mendapat bunga,
Yoke Keen digelar Miss Cina,
Cikgu bertanya hari apa?,
Kami menjawab Hari Kumar.
Datangnya jauh lain negeri,
Lain agama sama jantina,
Budak baru kelas 5C,
Tentulah Sig Fang dan Zarina.
Berakhirlah sudah seloka kami,
Tibalah masa mengundur diri,
Salah dan silap harap dimaafi,
Ada masa berjumpa lagi.
..................................................................................
p/s : Ni lah seloka yang Ben reka time skul SMKKJ dulu...khas buat student class 5 Cekap tahun 2004 ;).. Semoga anda semua sukses dalam kehidupan..

Monday, June 22, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 4

*** sambungan episod 3 ***

Jelas kelihatan di wajah Inspektor Shahrin meminta simpati Salina untuk memaafkan dirinya. Salina diam membisu dan tidak memberikan sebarang tindak balas. Hatinya cukup terhiris dengan tingkah laku Inspektor Shahrin tadi. Kenapa Inspektor Shahrin tegar melakukan dirinya sedemikian rupa? Apa kesalahannya?. Pelbagai persoalan bermain difikiran Salina.

"Salina...awak hukumlah saya kalau itu saja caranya untuk awak memaafkan diri saya. Saya tahu tidak sepatutnya saya berbuat demikian terhadap awak. Dan saya juga tahu awak takkan maafkan saya tetapi sekurang-kurangnya berilah peluang kepada saya sekali lagi untuk menebus kesalahan saya terhadap awak," tambah Inspektor Shahrin lagi.
Hilang sudah persoalan yang bermain diminda Salina tadi kerana berasa lucu bila mendengar kata-kata Inspektor Shahrin.
"Hahaha...Gila ape ke Inspektor ni. Dia ingat aku ni girlfriend dia ape ker sampai camtu sekali dia mintak maaf," tawa Salina di dalam hati.
Inspektor Shahrin sudah mati akal bagaimana lagi caranya untuk meminta maaf sama Salina. Taktik yang biasa digunakan untuk mencairkan hati perempuan sudah pun dilakukannya. Selalunya perempuan mudah sejuk apabila mendengar pujuk rayunya. Ternyata gadis dihadapannya ini tidak seperti perempuan-perempuan lain. Inspektor Shahrin percaya ada sesuatu yang istimewa di dalam diri pembantu rumah Haris ini.
"Salina....," panggil Inspektor Shahrin dengan nada yang lembut.
"Memang mamat drama betul la Inspektor ni..Dasar lelaki memang pandai berkata-kata,"bisik hati kecil Salina.
Belum sempat Salina bersuara tiba-tiba terdengar suara berdehem dibelakang Inspektor Shahrin. Inspektor Shahrin menoleh kebelakang dan kelihatan susuk tubuh Haris yang berada di situ.

*** bersambung ***