Monday, June 22, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 4

*** sambungan episod 3 ***

Jelas kelihatan di wajah Inspektor Shahrin meminta simpati Salina untuk memaafkan dirinya. Salina diam membisu dan tidak memberikan sebarang tindak balas. Hatinya cukup terhiris dengan tingkah laku Inspektor Shahrin tadi. Kenapa Inspektor Shahrin tegar melakukan dirinya sedemikian rupa? Apa kesalahannya?. Pelbagai persoalan bermain difikiran Salina.

"Salina...awak hukumlah saya kalau itu saja caranya untuk awak memaafkan diri saya. Saya tahu tidak sepatutnya saya berbuat demikian terhadap awak. Dan saya juga tahu awak takkan maafkan saya tetapi sekurang-kurangnya berilah peluang kepada saya sekali lagi untuk menebus kesalahan saya terhadap awak," tambah Inspektor Shahrin lagi.
Hilang sudah persoalan yang bermain diminda Salina tadi kerana berasa lucu bila mendengar kata-kata Inspektor Shahrin.
"Hahaha...Gila ape ke Inspektor ni. Dia ingat aku ni girlfriend dia ape ker sampai camtu sekali dia mintak maaf," tawa Salina di dalam hati.
Inspektor Shahrin sudah mati akal bagaimana lagi caranya untuk meminta maaf sama Salina. Taktik yang biasa digunakan untuk mencairkan hati perempuan sudah pun dilakukannya. Selalunya perempuan mudah sejuk apabila mendengar pujuk rayunya. Ternyata gadis dihadapannya ini tidak seperti perempuan-perempuan lain. Inspektor Shahrin percaya ada sesuatu yang istimewa di dalam diri pembantu rumah Haris ini.
"Salina....," panggil Inspektor Shahrin dengan nada yang lembut.
"Memang mamat drama betul la Inspektor ni..Dasar lelaki memang pandai berkata-kata,"bisik hati kecil Salina.
Belum sempat Salina bersuara tiba-tiba terdengar suara berdehem dibelakang Inspektor Shahrin. Inspektor Shahrin menoleh kebelakang dan kelihatan susuk tubuh Haris yang berada di situ.

*** bersambung ***

3 comments:

  1. hohoho...best gak citer nih...bley ler layan.

    tp satu jer yabeen, kape pendek jer setiap kali n3? macam tak puas jer bacer...

    nway, gud job for your first trial, may be, (iyer ker nih..?)

    ReplyDelete
  2. thankz sue..yupz..1st trial..igt nak tulis cerpen je alih2 dah jdi mcm novel plak..hahaha..

    saje jer n3 pendek2..nk bagi korg tertggu2..hahaha..nntikan episod seterusnyer yee ;)

    ReplyDelete
  3. eh..silap bkn 1st trial..hihi..1st trial cerpen tajuk AKU, DILA DAN LEEN =)..tu just ade 3 episod jer ^_^

    ReplyDelete