Wednesday, March 4, 2009

L>E>L>A>K>I

disebabkan ramai yg request new post, wookeylah Ben come out with new topic..thankz to QiQi coz suggest diz topic to me..
Sebelum tu..mintak maaf laa yer...kalo ade lelaki yg terasa or tersinggung dengan ape yg Ben nk taip ni...bkn niat di hati nak mengkritik or memandai tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pandangan dari ape yang Ben lihat =)..Benar atau tidak???tepuk dada tanya selera..
1) "Ayat-Ayat Cinta" - kalo bab mengayat...hmmm..mmg PRO lah..kdg2 pelik jugak mane lah dorg blaja yer..kalo ikutkan mostly yg baca novel cintan cintun ni golongan wanita..bkn xde lelaki yg baca novel camni tp kurang laa..terkejut gk kdg2 ayat yg kuar dari mulut lelaki perrhhh mmg manis abis laa..gula pun kalah..mmg tahap diabetes teros lah..kau lah bintang kau lah bulan silap2 ari bulan kau kena tinggal..ngee~..erm..tapi kenapa lelaki x praktikan ek ayat-ayat bunga2 ni dalam karangan time skolah dulu yer..hehe..Ben xnafikan wanita mmg dambakan ayat-ayat cinta dr lelaki =)..dan ini salah satu kelemahan wanita yg sentiasa ingin dipuji dan dimanjai dgn kata2 puitis..
2) Cemburu - IMPOSSIBLE kalo LELAKI katekan die xpernah cemburu..seEGO mane diri LELAKI tetap juga ada perasaan cemburu walaupun sebesar kuman or hama..selalunya LELAKI akan cemburu bila kekasih hati asyik menyebut name LELAKI lain..tambah LELAKI yg disebut tu handsome, kacak, kaya, bergaya, tampan...huhuhu..mau panas hati si teman LELAKI...hahaha..pe org kate.erm kasi bakar line..hehehe..kdg2 bukan niat si wanita ingin menyebut name LELAKI lain tp saje jer ingin menguji hati si kekasihnya =)
3) Sahabat yg setia - Selalunya bila wanita menghulurkan tangan persahabatan terhadap LELAKI jarang sekali kita berasa hampa..kerana bagi LELAKI bila sudah menerima huluran maka akan digenggamnya erat2 dan dijaganya dengan baik =)..bkn wanita sahaja yg boleh menjadi pendengar setia, LELAKI pun boleh tau..jarang sekali kita melihat individu yang mempunyai sahabat karib yang berlainan jantina selalu bergaduh. Contohnya wanita yang mempunyai sahabat karib LELAKI jarang kelihatan bergaduh atau timbul perasaan tidak puas hati jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai sahabat karib yang terdiri dikalangan wanita juga. Wanita lebih selesa berkongsi masalah dengan sahabat karib LELAKI lebih2 lagi dalam soal cinta dan begitulah sebaliknya..
4) Resah - Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Ye la, kalo tersilap kata mau tertutup peluang terus..hihihi..LELAKI akan praktis dulu sebelum berdepan dengan wanita tersebut. Tips2 dari rakan-rakannya yang berpengalaman juga diambil kira dan tidak dilepaskan untuk dijadikan panduan.
5) Direct to the point - Bila LELAKI cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita paham akan maksudnya..erm, xdinafikan jujur itu penting tetapi perlulah menjaga hati orang lain juga =)..Susunan ayat memainkan peranan penting agar tiada salah faham atau perasaan kecil hati timbul..Berbeza pula sekali dengan cara percakapan wanita, kerana wanita akan menapis terlebih dahulu setiap ayat yang ingin dikeluarkan dari mulut supaya tidak menyinggung perasaan si buah hatinya..
6) Air mata - LELAKI cukup lemah apabila melihat wanita menangis dihadapannya tambahan air mata itu datangnya dari wanita yang disayangi dan dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan =)..selalunya bila LELAKI berhadapan dengan situasi ini, terserlah lah kegelabahannya untuk memujuk si kekasih hati..Sikap cool dan perasaan marah terus hilang..ape yang ade dalam fikiran, macam mane cara hendak hentikan tangisan kekasih hati selain memberikan tisu...hehehe..
*** Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! ***

3 comments:

  1. amboi amboi..
    kemain ko komen2 lelaki ha..
    ko tu bile nak ade bf ha makhluk..?
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. untuk pngetahuan ko..
    yg komen kt atas ni adelah...
    jeng...jeng...jeng...

    Marlina yg Cumelll...
    hihi

    ReplyDelete
  3. biar pi dulu ler...awal lagi..hahaha

    ReplyDelete