Friday, March 20, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 2

*** sambungan episod 1 ***

Dari raut wajah Salina, tampak jelas akan kerisauannya terhadap tuannya. Timbul perasaan serba salah di dalam hati Inspektor Shahrin, perlukah dia berterus-terang dengan Salina akan perkara yang sebenarnya. Sedang ralat memikirkan perkara itu, lamunannya terhenti dikejutkan dengan suara Salina.
"Inspektor...Tuan Inspektor!" panggil Salina. Mata Inspektor Shahrin bertembung dengan mata Salina. Salina melarikan pandangannya ke arah lain. Inspektor Shahrin cuba berlagak seperti biasa di hadapan Salina walaupun jantungnya berdegup kian pantas. Dia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba lahir suatu perasaan aneh di dalam hatinya bila bertentang mata dengan Salina tadi.
"Erm...Cik Salina, sebenarnya...sebenarnya.. En. Haris..dia...," sengaja Inspektor Shahrin melambatkan pertuturannya agar Salina dapat mendengar setiap butir bicara dari bibirnya.
"Dia apa!," tempik Salina geram dengan sikap Inspektor Shahrin yang dari tadi suka melengah-lengahkan masa.
"Aik! garang juga minah ni, aku pulak yang kena marah. Selamatlah kau bertambah cantik time marah," bisik hati kecil Inspektor Shahrin.
"Ni hah! En.Haris ataupun tuan awak tu...dia tertinggal handphone dekat rumah saya petang tadi. Saya tak tahu nak cari dia kat mane, lagipun saya sibuk dengan tugas saya. Ni pun baru abis keje tu yang terus datang ke sini," bicara Inspektor Shahrin dengan pantas sambil menahan senyuman di bibirnya.
Betullah kata Haris bahawa orang gajinya ni dungu sikit, mudah ditipu hidup-hidup. Disebabkan simpati dan kasihankan Salina, Inspektor Shahrin mematikan niat dan sandiwaranya untuk mengenakan orang gaji rakannya Haris. Tidak sampai hati pula, dia membiarkan Salina risau dan gelisah berpanjangan tambahan pula apabila dia terpandangkan wajah Salina hatinya terus menjadi sejuk.
Salina diam membisu apabila mendengar kata-kata Inspektor Shahrin tadi. Di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu apa yang sedang dirasakannnya. Sudahlah tidurnya diganggu dan dirinya pula sekarang menjadi bahan mainan orang. Dia cuba menahan rasa marahnya namun gagal. Kalau boleh dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan lelaki tetapi apakan daya tanpa disedari kolam matanya sudah pun penuh dan mengalir.
*** bersambung ***

4 comments:

  1. uwa... suspended je
    best2 sambung lg ye
    wat panjang skit bleh???
    x puas nak baca

    ReplyDelete
  2. wookeyh2..ben try cari idea2 yang bagus2 untuk sambungan episod seterusnya...nantikannya =)

    ReplyDelete
  3. wah2...suka yerr..
    ema wt suspen..hi3..
    gempak r ema...

    ReplyDelete
  4. hehehe..thankz weh supporting me..ade gaya penulis novel x???hehehe

    ReplyDelete