Friday, March 20, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 1

Sedang Salina nyenyak dibuai mimpi indah tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi yang agak kuat sekaligus melenyapkan impi-mimpinya. Dipaksa matanya untuk melihat dimana datangnya arah bunyi tersebut.
"Tok! Tok! Tok!," bunyi ketukan dipintu bertalu. Salina berasa resah samada ingin membuka pintu atau pun tidak. Setahu dirinya tuannya ade membawa kunci rumah sebelum keluar tadi. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.00 pagi.
"Siapa pulak lah yang datang memalam ni...," bisik hati kecil Salina.
Ikutkan hati mau saja dia menyambung tidurnya balik. Tapi bila difikirkan tugasnya selaku pembantu rumah, dia akur bangun lalu menuju ke pintu hadapan. Sangkaannya, tuannya yang pulang ke rumah kerana memang setiap malam minggu tuannya akan pulang lewat setelah puas berhibur di kelab. Kadang-kadang tuannya pulang dengan nafas yang berbau setelah puas meneguk air syaitan yang dilarang ALLAH S.W.T. Sudah menjadi rutin mingguannya menunggu tuannya pulang pada malam minggu kerana pada hari itulah tuannya akan kerap kali lupa membawa kunci rumah kalau tidak dingatkan.
Nyata tekaan Salina meleset sama sekali, setelah pintu dibuka dilihat seorang lelaki yang lengkap beruniform polis berdiri dihadapan pintu rumah itu. Kalau dilihat dari penampilan polis itu, lagaknya seperti seorang polis yang berpangkat Inspektor.
"Assalamualaikum puan..Maaf mengganggu puan malam-malam buta begini," polis itu menyusun bicara. "Saya Inspektor Shahrin, erm..ni rumah En.Haris ker?Puan ni isteri En.Haris yer?" duga inspektor itu.
"Waalaikumussalam, ni memang rumah En.Haris tapi saya ni bukan isterinya cuma pembantu rumah saja," balas Salina.
Memang sudah lama dia ingin berhenti kerja. Tambahan pula, perangai En.Haris ni sukar diduga. Ada masa tuannya seorang pendiam tapi yang tak tahannya bila tuannya marah, semua maki dan cacian dihamburkan kepadanya tanpa mengetahui kesalahan yang dilakukannya. Mujurlah tapak tangannya tuannya tidak pernah hinggap ke tubuh badannya setakat ini. Itu yang buatkan Salina mampu bertahan dirumah ini. Bagi dirinya, selagi tuannya tidak menggunakan kekerasan selagi itulah dia sanggup bersabar dan menahan telinga dengan maki hamun dan cacian yang dilemparkan oleh tuannya.
"Cik Salina...saya harap cik bersabar mendengar berita yang hendak saya sampaikan ini," sambung Inspektor itu sekaligus mematikan terus lamunan Salina.
"Hmm..berita ape yer Tuan Inspektor?" soal Salina. Hatinya mula gelisah dan tak keruan merasakan berita yang bakal disampaikan oleh Inspektor itu mungkin sesuatu yang tidak sedap didengar. Walaupun dia tidak menyukai tuannya tetapi tidak terdetik sedikit pun dihatinya memahukan atau mendoakan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri tuannya.
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, KAU lindungilah En.Haris daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak elok," doa Salina di dalam hati.
*** bersambung ***

2 comments:

  1. x ku sangka kwn aku mula menunjkkn bakat yerr..
    klau ko de dpn aku nie..msti aku da golak bosar..
    tp ku tabik spring la..trus kn usaha anda..

    ReplyDelete
  2. hahahah..sebab tu aku tggu ko xde depan aku br aku wat cerpen..kui3 =P

    ReplyDelete