Friday, March 27, 2009

PANEL - PANEL JEMPUTAN ~ Apa Kata Anda?


Husna bertindak selaku Ustazah dalam rancangan TV.. Kiranya dia sorg yang banyak pengalaman tentang alam ghaib ni dan tahu expert bab2 hukum agama..hehehe..jangan ingat komander yang selalunya kasar xley jadi Ustazah..hehehe..Penat gak die mempraktiskan suara nyer menjadi sopan santun hasil tunjuk ajar panel ketua kampung niyang rapik kite..hahaha..Jangan marah yaa Ustazah..ngee~ =)



Eikha pulak memainkan peranan selaku kaunselor daripada salah satu IPTA yang tersohor di Malaysia...Kira dia bertindak sebagai motivator laa..memberi nasihat kepada orang-orang yang mengalami gangguan makhluk halus ni..kui3 =P..si motivator kite ni memegang title Dato' Dr Hajah..even tipu2..tp dapat gak merasa title tu dalam rancangan APA KATA ANDA?hehehe..Xgitu Dato'...hihihi


Farah Nadzirah memegang watak sebagai ahli seekers dalam rancangan ni..kira die telah lama berkecimpung dalam dunia seekers..mencari makhlus halus merupakan hobi nyer dari kecik sehinggalah besar..di dalam rancangan ni juga, Farah telah berkongsi pengalamannyer menolong orang yang terkena gangguan makhluk halus.



Ayu pula memegang peranan selaku Ketua Kampung Niyang Rapik. Dimana beliau telah memegang jawatan ini selama 10tahun..eceh..ceh..hehe..Ketua Kg ni didatangkan khas dari Sarawak..jenuh jugak laa die bercakap Sarawak kadang2 tercampur org puteh..hahaha..selaku Ketua Kg, beliau berkongsi pengalaman tentang makhluk halus dikampungnya...

Pe pun..presentation kami mendapat pujian daripada Ustazah..Tak sia-sia kami berjaga sampai ke pagi..hehehe..Terima kasih pada pihak yang terlibat dalam menjayakan rancangan APA KATA ANDA?..Syukran =)

Program ~ APA KATA ANDA?

Anda bersama saya YAbEeN dalam rancangan APA KATA ANDA?hehehe..tu br intro tu, korang x tgk real pye ala-ala rancangan TV ally gitu =)....actually, ni salah satu asgmt CTU kiteorg..dah pun selesai di present pada hari Isnin lepas, 23 MAC 2009..So group kiteorg decide nak wat tajuk HANTU..After difikirkan, tajuk yang sesuai untuk rancangan TV ni iaitu "ALAM NYATA & ALAM GHAIB.." Pictures member2 group Ben ade kt atas ni selaku panel-panel jemputan..Pic Ben xde pun???hehehe...of course la xde, coz Ben jadi pengacaranyer =)..Ape macam design pic atas ni..lawa x???Ben men tibai jer design..ngee~

For da nex post, mari kita berkenalan dengan Panel-Panel Jemputan Ben semasa rancangan ini berlangsung Isnin lepas =)

Friday, March 20, 2009

AT~10~TION

Juz nak inform maybe, CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" episod 3 dan seterusnya lambat sikit post coz Ben buzy dengan assignment dan presentation next week...huhuhuhuhu...next week mmg Ben ley kena migrain laaa...wawawawa...tapi Ben try post secepat mungkin sambungan episod cerpen ni....So pada yang kaki baca cerpen, ampun maaf di pinta yer =)..harap anda semua enjoy membaca blog Ben..kalau ada idea-idea yang menarik atau cadangan tiba-tiba terlintas time baca blog ni, jangan segan silu mengutarakannya..InsyaAllah Ben akan cuba memberikan respons yang terbaik..ahakz~kedebaboOomm =)

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 2

*** sambungan episod 1 ***

Dari raut wajah Salina, tampak jelas akan kerisauannya terhadap tuannya. Timbul perasaan serba salah di dalam hati Inspektor Shahrin, perlukah dia berterus-terang dengan Salina akan perkara yang sebenarnya. Sedang ralat memikirkan perkara itu, lamunannya terhenti dikejutkan dengan suara Salina.
"Inspektor...Tuan Inspektor!" panggil Salina. Mata Inspektor Shahrin bertembung dengan mata Salina. Salina melarikan pandangannya ke arah lain. Inspektor Shahrin cuba berlagak seperti biasa di hadapan Salina walaupun jantungnya berdegup kian pantas. Dia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba lahir suatu perasaan aneh di dalam hatinya bila bertentang mata dengan Salina tadi.
"Erm...Cik Salina, sebenarnya...sebenarnya.. En. Haris..dia...," sengaja Inspektor Shahrin melambatkan pertuturannya agar Salina dapat mendengar setiap butir bicara dari bibirnya.
"Dia apa!," tempik Salina geram dengan sikap Inspektor Shahrin yang dari tadi suka melengah-lengahkan masa.
"Aik! garang juga minah ni, aku pulak yang kena marah. Selamatlah kau bertambah cantik time marah," bisik hati kecil Inspektor Shahrin.
"Ni hah! En.Haris ataupun tuan awak tu...dia tertinggal handphone dekat rumah saya petang tadi. Saya tak tahu nak cari dia kat mane, lagipun saya sibuk dengan tugas saya. Ni pun baru abis keje tu yang terus datang ke sini," bicara Inspektor Shahrin dengan pantas sambil menahan senyuman di bibirnya.
Betullah kata Haris bahawa orang gajinya ni dungu sikit, mudah ditipu hidup-hidup. Disebabkan simpati dan kasihankan Salina, Inspektor Shahrin mematikan niat dan sandiwaranya untuk mengenakan orang gaji rakannya Haris. Tidak sampai hati pula, dia membiarkan Salina risau dan gelisah berpanjangan tambahan pula apabila dia terpandangkan wajah Salina hatinya terus menjadi sejuk.
Salina diam membisu apabila mendengar kata-kata Inspektor Shahrin tadi. Di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu apa yang sedang dirasakannnya. Sudahlah tidurnya diganggu dan dirinya pula sekarang menjadi bahan mainan orang. Dia cuba menahan rasa marahnya namun gagal. Kalau boleh dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan lelaki tetapi apakan daya tanpa disedari kolam matanya sudah pun penuh dan mengalir.
*** bersambung ***

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 1

Sedang Salina nyenyak dibuai mimpi indah tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi yang agak kuat sekaligus melenyapkan impi-mimpinya. Dipaksa matanya untuk melihat dimana datangnya arah bunyi tersebut.
"Tok! Tok! Tok!," bunyi ketukan dipintu bertalu. Salina berasa resah samada ingin membuka pintu atau pun tidak. Setahu dirinya tuannya ade membawa kunci rumah sebelum keluar tadi. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.00 pagi.
"Siapa pulak lah yang datang memalam ni...," bisik hati kecil Salina.
Ikutkan hati mau saja dia menyambung tidurnya balik. Tapi bila difikirkan tugasnya selaku pembantu rumah, dia akur bangun lalu menuju ke pintu hadapan. Sangkaannya, tuannya yang pulang ke rumah kerana memang setiap malam minggu tuannya akan pulang lewat setelah puas berhibur di kelab. Kadang-kadang tuannya pulang dengan nafas yang berbau setelah puas meneguk air syaitan yang dilarang ALLAH S.W.T. Sudah menjadi rutin mingguannya menunggu tuannya pulang pada malam minggu kerana pada hari itulah tuannya akan kerap kali lupa membawa kunci rumah kalau tidak dingatkan.
Nyata tekaan Salina meleset sama sekali, setelah pintu dibuka dilihat seorang lelaki yang lengkap beruniform polis berdiri dihadapan pintu rumah itu. Kalau dilihat dari penampilan polis itu, lagaknya seperti seorang polis yang berpangkat Inspektor.
"Assalamualaikum puan..Maaf mengganggu puan malam-malam buta begini," polis itu menyusun bicara. "Saya Inspektor Shahrin, erm..ni rumah En.Haris ker?Puan ni isteri En.Haris yer?" duga inspektor itu.
"Waalaikumussalam, ni memang rumah En.Haris tapi saya ni bukan isterinya cuma pembantu rumah saja," balas Salina.
Memang sudah lama dia ingin berhenti kerja. Tambahan pula, perangai En.Haris ni sukar diduga. Ada masa tuannya seorang pendiam tapi yang tak tahannya bila tuannya marah, semua maki dan cacian dihamburkan kepadanya tanpa mengetahui kesalahan yang dilakukannya. Mujurlah tapak tangannya tuannya tidak pernah hinggap ke tubuh badannya setakat ini. Itu yang buatkan Salina mampu bertahan dirumah ini. Bagi dirinya, selagi tuannya tidak menggunakan kekerasan selagi itulah dia sanggup bersabar dan menahan telinga dengan maki hamun dan cacian yang dilemparkan oleh tuannya.
"Cik Salina...saya harap cik bersabar mendengar berita yang hendak saya sampaikan ini," sambung Inspektor itu sekaligus mematikan terus lamunan Salina.
"Hmm..berita ape yer Tuan Inspektor?" soal Salina. Hatinya mula gelisah dan tak keruan merasakan berita yang bakal disampaikan oleh Inspektor itu mungkin sesuatu yang tidak sedap didengar. Walaupun dia tidak menyukai tuannya tetapi tidak terdetik sedikit pun dihatinya memahukan atau mendoakan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri tuannya.
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, KAU lindungilah En.Haris daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak elok," doa Salina di dalam hati.
*** bersambung ***

Chef Wan @ UiTM Segamat, Johor

Ni lah pictures Chef Wan sepanjang berlangsung nyer seminar pada hari Rabu, 11 Mac 2009 bertempat LT2..kira ni salah satu projek untuk subjek personal development selain community service..banyak juga pengalaman yang Chef Wan kongsi bersama kami dari kecil sehinggalah beliau menjadi chef yang terkenal..memang tak kering gusi lah kami gelak...ade gak cerita yang menyayat hati..terusik gak hati Ben bila Chef Wan cerita pengalamannyer waktu kecil..bagaimana kehidupan beliau yang susah ketika kecil..mencari duit tanpa memikirkan perasaan malu..ape yang penting kerja yang dilakukannyer adalah halal..Ape pun, terima kasih kepada Chef Wan kerana sudi berkongsi pengalaman yang amat bermakna kepada kami para pelajar UiTM Segamat.

PICTURES ~ day3 @ CS



3rd day - Community Service

Macam biasa lah senaman pagi akan dilakukan..bukan senaman biasa yer tapi senaman Jrobic..xpayah diajar memang sume para pelajar dah expert..
Ben pulak yg terkial2 wat senaman ni..hahahaha..majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada tgh hari..hari ni adalah hari terakhir kiteorg fasi2 disekolah ni..sedey tu mmg sedey..coz para pelajar wookeyh2 semua..mereka menyanyikan lagu SALABE untuk para fasi buat kali terakhir sebelum berangkat..cepat benau dorg hafal =)..
thankz yer..pe pun, kami fasi2 meminta maaf sekiranya ade sebarang kesilapan yang dilakukan sepanjang kami berada di sana..Sesungguhnya yang baik itu datangnyer dari ALLAH S.W.T dan segala yang kurang itu datang nyer dari pihak kami..

PICTURES ~ day2 @ CS

2nd day - Community Service

Selepas solat subuh berjemaah...Ben dah fasi Chu ditugaskan untuk mengetuai senaman pagi..nk tau senaman ape???Poco-Poco dan Chicken Dance =)..hepy jugak ar tgk para pelajar memberikan respon yg menggalakkan..kteorg fasi2 yg kt atas stage yg join senaman ni pun kluar peluh jugak..lebih2 lagi fasi Chu..hahaha..Selepas bersenam, game Regu pula dijalankan..
Pagi tersebut juga LDK2 (Kecerdasan Minda) dijalankan...Ben, fasi Chu, fasi Yang dan fasi Dila menjadi fasi hantu dalam LDK2 ini..hehehe..Disinilah kami mgajar para pelajar Sifir Katak Kaki Katik dan Sifir Kura2..huahuahua =D...LDK3 (Emosi) dijalankan pada belah ptg..disini para fasi memainkan watak lakonan dengan berkesan..maaf laah yer pada mane2 para pelajar yg kena marah ngn Ben..hehehehe..just menjalankan tanggungjawab yg diberikan =)..LDK4 (Pengurusan Diri) dan Sukaneka turut dijalankan pada hari yang sama..Cayalah! group 10..berjaya mendapat tmpt dlm sukaneka =)..well done & congrats!..
Belah malam pula, adalah masa untuk berhibur..dimana para pelajar dikehendaki melakukan persembahan berdasarkan tema2 yg diberikan..Group10 mendapat tema lagu Medley..Ben dgn fasi Chu excited dgn persembahan Group10..kaki dgn tgn toksah nk cakap laa..xleh nak berhenti goyang..hahaha..Group10 dpt 2nd place..tahniah yer adik2 =)..Group-group yg lain pun mmg mantap habis lah time mlm kebudayaan tu..kreatif betul pelajar2 SMKDBD ni yer..
Para fasi tidak terlepas peluang membuat persembahan jugak..lagu SALABE menjadi pilihan kami fasi2..tgh mlm nyer, muhasabah diri dilakukan..bukan sahaja para pelajar menitiskan air mata, fasi juga turut mendapat tempias nyer..fasi dayah berjaya melakukan tugasan dengan berkesan =)

PICTURES ~ day1 @ CS


1st day - Community Service

Kiteorg agak nervous gak laa...takut para pelajar xley ngam dgn kiteorg..almaklumlaa..kiteorg ni fasi yg kepala agak giler2 skit tp xde kna mengena dgn penyakit gila ek..hehehe..sambutan yg diberikan oleh pihak sekolah pun baik..peramah betol dorg =)...majlis perasmian dan sesi ta'aruf dilakukan pada hari pertama dimana para pelajar di bahagikan mengikut group masing2 dan berkenalan dgn fasi mereka..para pelajar dikehendaki memikirkan trademark group mereka..selepas solat asar, aktiviti gotong royong pula diadakan..belah malam pula LDK1 (Keterampilan Diri) dijalankan dan Operasi Burung Hantu (OBH) dilakukan menjelang tengah malam..br ade feel sikit..hihihi..fasi Chu sampai berpeluh2 xnk pulakkn muka cuak..hahaha =D..kami fasi2 mengunakan kesempatan yg ade untuk mengacau para pelajar..bkn ape untuk menguji keberanian, kepekaan serta semangat kerjasama dorg =)

Community Service @ SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat

Community service adalah salah satu assignment kiteorg untuk subjek personal development..dipendekkan cerita kami sekelas telah memilih sekolah SMKDBD untuk wat community service...tarikh yang dipilih adalah 6 - 8 Mac 2009 (3hari 2malam)...lame kan??hehehe..tp xsia2 kiteorg pegi sana...para pelajar giler havoc..sporting habis...igt kan susah ssh nak dptkan kerjasama dr pelajar tp sangkaan kami meleset..layanan memang unexpected...giler mesra dorang semua baik cikgu2 mahupun para pelajar..dah tu kiteorg fasilitator dapat mkn sedap2 =)..kalo lame2 duduk situ mau gemok kiteorg..hehehehe..Community Service di conduct oleh Adzman berserta penolongnya Zafirah...Ben jadi fasilitator untuk group10...partner Ben, sape lagi kalo bukan fasi Chu..hehehe..mmg 1 kepala laa kami..bkn kembar siam yer..hehehe =D..para pelajar dalam group10 sume baik2 belaka..tgk lah fasi group nyer pn baik gak kan..huahuahuahua..fakta or auta???ngee~=P..tanyelah adik2 group10..hihihi..

lagi-lagi BF ? ? ?

Adeh..alahai..ni la topik yg paling Ben lemah..hmm..saudari INA dok tanye Ben bile nak ade bf lagi..member2 yg lain pun ske sgt tanya soklan ni..aiyarkk..mmg ni favourite soalan korang kaa?? Ben igt just ade favourite makanan ngn minuman jer..hahaha=D..woOkeylah, meh Ben post jawapan untuk jawab soalan favourite korang ni yer =)
Setelah ditambah ditolak didarab dibahagi maka JAWAPAN - JAWAPAN yang menjadi pilihan dihati ini adalah Jeng...Jeng...Jeng...
1. Seru kali ke-2 belum sampai lagi =)
2. Ade misi penting yang perlu dilaksanakan daripada peningkan otak fikir pasal bf ni
3. hmm..nak kate serik bercinta ni.. ade tu ade tp xjugak kot..cmne tu ek??hehehe..tapi..org kate lebih kepada langkah berjaga2 dalam wat pilihan.. Ben bukan terlalu memilih yer..tolong sikit..
4. Belum lagi jumpe yang sesuai =)
5. Setelah dianalisis berdasarkan pengalaman xseberapa, hmm..Ben dapati Ben ni xreti nk handle blaja dgn cintan cintun ni dalam 1 masa..mau tercicir pelajaran nnt..huhuhu..
6. Xreti sgt pasal cintan cintun ni..almaklum laa..Ben ni bkn perempuan Melayu terakhir..
7. Malas nak tambah problem..bukan apa, subjek blaja pun Ben dah nyawa2 ikan..ni kan pulak nk tambah 1 lagi subjek cinta..huhuhu..mau gugur rambut nnt..migrain2
8. Masa tidak mengizinkan cari pacar lagi..hehehe..biar lah jadi lone ranger dulu wat mase ni..ngee~ =P
9. Xreti nak berkomunikasi ngn lelaki sangat..ngee~takut...hahaha...fakta atau auta???
10. Berserah pd takdir bab2 jodoh ni coz hati x ready lagi nak terima cinta baru woo..
Maka dengan ini terjawablah sudah soalan kalian semua, wahai sahabat2 ku =)

JERUK MANGGA

Al-Kisah tentang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang menyambut Hari Guru telah merebut untuk memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, Cikgu Lina. Apabila loceng tamat kelas berbunyi, semua pelajar tahun 6 Usaha beratur untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Tibalah giliran Minah, ketua kelas dengan kotak bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah kepada Cikgu Lina. Sambil tersenyum simpul, Minah meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak tersebut. Maka, jenuhlah Cikgu Lina meneka, bermula dari kek hinggalah lampu tidur. Semua itu disambut dengan gelengan kepala Minah. Tidak semena-mena, ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan laju, Cikgu Lina mencalit titisan itu dengan jarinya dan memasukkan ke mulutnya.
"Hmm...masamla...cikgu tau dah..kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu kegemaran cigu nie? Pandainya."
"Emmm..sebenarnya cikgu, saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Minah sambil berlalu dari situ.

Wednesday, March 4, 2009

L>E>L>A>K>I

disebabkan ramai yg request new post, wookeylah Ben come out with new topic..thankz to QiQi coz suggest diz topic to me..
Sebelum tu..mintak maaf laa yer...kalo ade lelaki yg terasa or tersinggung dengan ape yg Ben nk taip ni...bkn niat di hati nak mengkritik or memandai tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pandangan dari ape yang Ben lihat =)..Benar atau tidak???tepuk dada tanya selera..
1) "Ayat-Ayat Cinta" - kalo bab mengayat...hmmm..mmg PRO lah..kdg2 pelik jugak mane lah dorg blaja yer..kalo ikutkan mostly yg baca novel cintan cintun ni golongan wanita..bkn xde lelaki yg baca novel camni tp kurang laa..terkejut gk kdg2 ayat yg kuar dari mulut lelaki perrhhh mmg manis abis laa..gula pun kalah..mmg tahap diabetes teros lah..kau lah bintang kau lah bulan silap2 ari bulan kau kena tinggal..ngee~..erm..tapi kenapa lelaki x praktikan ek ayat-ayat bunga2 ni dalam karangan time skolah dulu yer..hehe..Ben xnafikan wanita mmg dambakan ayat-ayat cinta dr lelaki =)..dan ini salah satu kelemahan wanita yg sentiasa ingin dipuji dan dimanjai dgn kata2 puitis..
2) Cemburu - IMPOSSIBLE kalo LELAKI katekan die xpernah cemburu..seEGO mane diri LELAKI tetap juga ada perasaan cemburu walaupun sebesar kuman or hama..selalunya LELAKI akan cemburu bila kekasih hati asyik menyebut name LELAKI lain..tambah LELAKI yg disebut tu handsome, kacak, kaya, bergaya, tampan...huhuhu..mau panas hati si teman LELAKI...hahaha..pe org kate.erm kasi bakar line..hehehe..kdg2 bukan niat si wanita ingin menyebut name LELAKI lain tp saje jer ingin menguji hati si kekasihnya =)
3) Sahabat yg setia - Selalunya bila wanita menghulurkan tangan persahabatan terhadap LELAKI jarang sekali kita berasa hampa..kerana bagi LELAKI bila sudah menerima huluran maka akan digenggamnya erat2 dan dijaganya dengan baik =)..bkn wanita sahaja yg boleh menjadi pendengar setia, LELAKI pun boleh tau..jarang sekali kita melihat individu yang mempunyai sahabat karib yang berlainan jantina selalu bergaduh. Contohnya wanita yang mempunyai sahabat karib LELAKI jarang kelihatan bergaduh atau timbul perasaan tidak puas hati jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai sahabat karib yang terdiri dikalangan wanita juga. Wanita lebih selesa berkongsi masalah dengan sahabat karib LELAKI lebih2 lagi dalam soal cinta dan begitulah sebaliknya..
4) Resah - Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Ye la, kalo tersilap kata mau tertutup peluang terus..hihihi..LELAKI akan praktis dulu sebelum berdepan dengan wanita tersebut. Tips2 dari rakan-rakannya yang berpengalaman juga diambil kira dan tidak dilepaskan untuk dijadikan panduan.
5) Direct to the point - Bila LELAKI cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita paham akan maksudnya..erm, xdinafikan jujur itu penting tetapi perlulah menjaga hati orang lain juga =)..Susunan ayat memainkan peranan penting agar tiada salah faham atau perasaan kecil hati timbul..Berbeza pula sekali dengan cara percakapan wanita, kerana wanita akan menapis terlebih dahulu setiap ayat yang ingin dikeluarkan dari mulut supaya tidak menyinggung perasaan si buah hatinya..
6) Air mata - LELAKI cukup lemah apabila melihat wanita menangis dihadapannya tambahan air mata itu datangnya dari wanita yang disayangi dan dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan =)..selalunya bila LELAKI berhadapan dengan situasi ini, terserlah lah kegelabahannya untuk memujuk si kekasih hati..Sikap cool dan perasaan marah terus hilang..ape yang ade dalam fikiran, macam mane cara hendak hentikan tangisan kekasih hati selain memberikan tisu...hehehe..
*** Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! ***