***** sambungan episod 2 *****
Tiba-tiba awan yang terang menjadi gelap dan kedengaran bunyi guruh yang berdentum bagaikan helikopter yang terhempas ke tanah. Hujan yang turun rintik-rintik berubah sekelip mata menjadi lebat. Kilat memancar-mancar bagaikan lampu yang sedang berkelip-kelip tanpa henti. Suasana menjadi riuh rendah dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak. Ibu bapa membawa anak masing-masing berlari ke arah dewan untuk mencari tempat perlindungan. Kami pun turut bergegas ke sana. Belum sempat kami sampai ke dewan, tiba-tiba aku terdengar bunyi petir yang kuat seolah-olah datangnya daripada arah belakangku. Orang ramai menjerit-jerit bagaikan di rasuk hantu.
Aku pun menoleh ke belakang, lantas aku melihat sekujur tubuh yang cukup aku kenali sedang tedampar di atas tanah. Kakiku tiba-tiba berasa berat untuk melangkah ke hadapan dan aku terkaku seperti sebatang tiang elektrik. Dila berpatah balik ke belakang tanpa menungguku. Aku melihat dari jauh Dila sedang merangkul tubuh tersebut kedakapannya sambil menangis teresak-esak. Aku berdoa di dalam hati agar sangkaan aku tidak tepat. Aku gagahi diriku untuk merapati Dila.
Setapak demi setapak ku langkah dan akhirnya aku tiba di tempat tersebut. Alangkah terperanjatnya diriku apabila mendapati sekujur tubuh yang dirangkul oleh Dila adalah Leen. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Aku menjerit-jerit meminta tolong dan aku melihat sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapanku. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut lalu mengangkat Leen ke dalam keretanya untuk di hantar ke hospital. Aku dan Dila turut mengikutinya. Hujan yang tadinya lebat sudah beransur-ansur reda. Leen dibawa terus ke wad kecemasan sejurus tiba di hospital. Lelaki tersebut meminta diri untuk pulang selepas menghantar kami. Aku dan Dila mengucapkan terima kasih atas pertolongannya. Dila menelefon kedua ibubapa Leen untuk memberitahu kejadian yang telah berlaku sementara aku menunggu di luar bilik wad kecemasan.
Aku berjalan mundar-mandir bagaikan orang kehilangan arah. Masa berlalu semakin pantas, sudah hamper sejam Leen berada di dalam bilik tersebut. Bayang-bayang doktor langsung tidak kelihatan. Aku mendengar beberapa bunyi derap tapak kaki yang sedang menuju ke arahku. Aku melihat Dila berjalan beiringan dengan ibubapa Leen. Terdapat juga beberapa orang yang aku tidak kenali mengikuti dibelakang mereka.
“Mungkin mereka adalah saudara mara Leen,” bisik hati kecilku.
Setelah menunggu agak lama, akhirnya doktor keluar dari wad kecemasan tersebut. Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan yang diberikan.
“Syukur Alhamdulillah,” itulah lafaz yang keluar daripada mulutku selepas mendengar Leen berjaya diselamatkan. Doktor memberitahu supaya pesakit tidak diganggu dalam masa beberapa jam kerana memerlukan rehat yang secukupnya sebelum kami dibenarkan melawatnya.
Aku pun meminta diri untuk pulang setelah semuanya selamat. Dila tidak mengikuti aku sebaliknya dia ingin melawat Leen terlebih dahulu. Semasa perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dan melanggar lopak yang bertakungan air lalu terpercik ke muka ku. Aku tersedar dan mendapati bahawa diriku dalam kebasahan. Rupa-rupanya adikku menjirus air ke tubuhku untuk mengejutkanku. Adikku berasa hairan melihat aku tergelak sendirian.
***** tamat *****
No comments:
Post a Comment