***** sambungan episod 1 *****
Sebenarnya, kami bertiga bercadang untuk membuat latihan dan senaman kerana Hari Sukan akan tiba tidak lama lagi. Aku, Dila dan Leen berada dalam rumah sukan yang sama. Kami bertiga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam acara sukan terutamanya larian. Sesudah sampai di rumah, aku membersihkan diri dan bersiap-siap untuk menemui mereka. Jam dinding bilikku menunjukkan pukul 4 petang. Aku pun membuat keputusan untuk bertolak.
Dalam perjalanan, aku melihat sekumpulan burung sedang makan makanan yang bertaburan di atas jalan raya. Aku sengaja menghentakkan kakiku, lalu burung-burung tersebut berterbangan. Alangkah indahnya, keadaan ketika itu. Sebelum bertolak, mujurlah segala kerja-kerja sekolah telah disiapkan dan aku sempat mengalas perut dengan secawan kopi dan beberapa potong kuih-muih. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 30 minit tetapi aku tiba di sana pada pukul 4.50 petang. Setelah tiba, aku melihat Leen dan Dila sedang rancak berborak. Aku pun menghampiri mereka.
“Kenapa lambat?,” soal Dila kepadaku. “Ala, jalan raya sesak,” jawab Leen sepantas kilat sebelum sempat aku bersuara.
Kami bertiga ketawa terkekeh-kekeh bagaikan hendak putus tali perut. Memang itulah jawapan yang sering aku berikan kepada mereka . Kami pun mengambil keputusan untuk melakukan sedikit senaman terlebih dahulu sebelum berlari-lari anak di sekeliling padang permainan. Selain kanak-kanak, tempat tersebut turut di kerumuni oleh orang dewasa dan orang tua. Setelah penat berlari, kami pun berehat sebentar sambil memerhatikan karenah kanak-kanak yang sedang bermain.
***** bersambung *****
No comments:
Post a Comment