Thursday, January 29, 2009

CERPEN "AKU, DILA dan LEEN" - episod 1

Jam di pergelangan tanganku hampir menunjukkan pukul 1.05 petang. Hanya tinggal beberapa minit lagi tibanya saat yang di tunggu oleh para pelajar sesi pagi. akhirnya, tamatlah penantian para pelajar apabila loceng terakhir berbunyi dan ini menandakan tamatnya hari persekolahan untuk hari tersebut. Aku pun meluru kuar dari makmal sains setelah ucapan terima kasih diucapkan kepada cikgu. Pergerakan kaki kuhayun dengan pantas dan tiba-tiba aku terlihat dua orang kelibat manusia yang aku kenali sedang bersandar di tepi pagar sambil tersengih memandang ke arahku. Mereka adalah Dila dan Leen yang merupakan sahabat karibku sejak daripada sekolah rendah lagi.
"Macam mana petang ni, jadi ke?," soal Dila sebaik sahaja aku menghampiri mereka. Aku pun diam tanpa memberi sebarang tindak balas. "Macam mana petang ni, jadi ke?," soal Dila sekali lagi yang menyangkakan aku tidak mendengar soalannya tadi.
"Hiss, kalau ye pun sabarlah! Bagilah aku tarik nafas dulu!," Leen tergelak sejurus mendengar kata-kataku itu. "Hari ni jadi, dekat padang permainan," jawabku segera. Setelah bermesyuarat beberapa minit, kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
"Jangan lupa pukul 4.30 petang ni!," laungku daipada jauh.
"Kau pun jangan datang terlalu awal!," perli Leen terhadapku.
Aku tersenyum apabila mendengar sindiran Leen itu. Mereka sudah faham benar dengan sikapku.
***** bersambung *****

2 comments:

  1. wah2..sudah ada cerpen gitu..
    caya la..
    cm x caye plak..
    umpama mimpi dlm mimpi....
    aku bmimpi kew nie....

    pe pon aku bg sokngn padu..
    chayo2..aku tggu kn episod kn dtg....

    ReplyDelete
  2. ecehhh emaa...
    bajet nak wat suspen la tu ye..

    ReplyDelete