Thursday, May 14, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 3

*** sambungan episod 2 ***

Inspektor Shahrin terkedu melihat air mata Salina. Dia berasa serba salah dengan Salina, hendak dilapkannya bukan muhrim la pulak. Dia hanya mampu memandang Salina. Salina terus membelakangkan Inspektor Shahrin apabila perasan akan dirinya diperhatikan oleh Inspektor Shahrin.
"Tu la kau, gatal lagi nak kenakan orang. Kau tengok ape yang kau dah buat,"marah Inspektor Shahrin di dalam diri.
Salina mengesat air matanya, lalu berpaling semula ke arah Inspektor Shahrin. Salina menarik nafas untuk menenangkan dirinya agar bicaranya tidak tergagap-gagap. Inspektor Shahrin menunggu bicara yang keluar dari bibir Salina.
"Inspektor, ade ape-ape lagi tak? kalau dah takde ape-ape lagi, dipersilakanlah Tuan Inspektor pulang," sinis kata-kata Salina kedengaran di cuping telinga Inspektor Shahrin.
Inspektor Shahrin terdiam sebentar dengan perubahan sikap Salina yang menjadi dingin serta-merta. Sememangnya dia mengerti kenapa Salina berubah laku. Ini semua berpunca dari dirinya sendiri. Kalaulah dia percaya kata-kata Haris petang tadi tentang Salina mungkin tidak akan terlintas sama sekali difikirannya ingin mengenakan Salina. Tetapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa. Inspektor Shahrin mengatur langkahnya untuk pulang ke rumah dengan perasaan yang serba salah. Salina terus menutup pintu rumah dan baru saja dia ingin melangkah pergi ke biliknya tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu lagi.

"Aduhai...siapa lagi ni," rungut hati kecil Salina.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacul wajah Inspektor Shahrin. Inspektor Shahrin tersenyum memandang Salina untuk mengurangkan perasaan takutnya. Mana taknya air muka Salina berubah macam singa bila terpandang akan dirinya. Inspektor Shahrin menyusun kata-katanya agar tidak menambahkan lagi kemarahan Salina terhadap dirinya.

"Maafkan saya Salina. Mungkin cara saya bergurau dengan awak agak keterlaluan, saya janji takkan buat lagi...please maafkan saya," rayu Inspektor Shahrin.

*** bersambung ***

No comments:

Post a Comment