Friday, March 20, 2009
1st day - Community Service
Kiteorg agak nervous gak laa...takut para pelajar xley ngam dgn kiteorg..almaklumlaa..kiteorg ni fasi yg kepala agak giler2 skit tp xde kna mengena dgn penyakit gila ek..hehehe..sambutan yg diberikan oleh pihak sekolah pun baik..peramah betol dorg =)...majlis perasmian dan sesi ta'aruf dilakukan pada hari pertama dimana para pelajar di bahagikan mengikut group masing2 dan berkenalan dgn fasi mereka..para pelajar dikehendaki memikirkan trademark group mereka..selepas solat asar, aktiviti gotong royong pula diadakan..belah malam pula LDK1 (Keterampilan Diri) dijalankan dan Operasi Burung Hantu (OBH) dilakukan menjelang tengah malam..br ade feel sikit..hihihi..fasi Chu sampai berpeluh2 xnk pulakkn muka cuak..hahaha =D..kami fasi2 mengunakan kesempatan yg ade untuk mengacau para pelajar..bkn ape untuk menguji keberanian, kepekaan serta semangat kerjasama dorg =)
Community Service @ SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat
lagi-lagi BF ? ? ?
Adeh..alahai..ni la topik yg paling Ben lemah..hmm..saudari INA dok tanye Ben bile nak ade bf lagi..member2 yg lain pun ske sgt tanya soklan ni..aiyarkk..mmg ni favourite soalan korang kaa?? Ben igt just ade favourite makanan ngn minuman jer..hahaha=D..woOkeylah, meh Ben post jawapan untuk jawab soalan favourite korang ni yer =) Setelah ditambah ditolak didarab dibahagi maka JAWAPAN - JAWAPAN yang menjadi pilihan dihati ini adalah Jeng...Jeng...Jeng...
Ben bukan terlalu memilih yer..tolong sikit.. 4. Belum lagi jumpe yang sesuai =) 5. Setelah dianalisis berdasarkan pengalaman xseberapa, hmm..Ben dapati Ben ni xreti nk handle blaja dgn cintan cintun ni dalam 1 masa..mau tercicir pelajaran nnt..huhuhu.. 6. Xreti sgt pasal cintan cintun ni..almaklum laa..Ben ni bkn perempuan Melayu terakhir..
Maka dengan ini terjawablah sudah soalan kalian semua, wahai sahabat2 ku =)
1. Seru kali ke-2 belum sampai lagi =) 2. Ade misi penting yang perlu dilaksanakan daripada peningkan otak fikir pasal bf ni
3. hmm..nak kate serik bercinta ni.. ade tu ade tp xjugak kot..cmne tu ek??hehehe..tapi..org kate lebih kepada langkah berjaga2 dalam wat pilihan..
7. Malas nak tambah problem..bukan apa, subjek blaja pun Ben dah nyawa2 ikan..ni kan pulak nk tambah 1 lagi subjek cinta..huhuhu..mau gugur rambut nnt..migrain2 8. Masa tidak mengizinkan cari pacar lagi..hehehe..biar lah jadi lone ranger dulu wat mase ni..ngee~ =P
9. Xreti nak berkomunikasi ngn lelaki sangat..ngee~takut...hahaha...fakta atau auta???
10. Berserah pd takdir bab2 jodoh ni coz hati x ready lagi nak terima cinta baru woo..
JERUK MANGGA
Al-Kisah tentang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang menyambut Hari Guru telah merebut untuk memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, Cikgu Lina. Apabila loceng tamat kelas berbunyi, semua pelajar tahun 6 Usaha beratur untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Tibalah giliran Minah, ketua kelas dengan kotak bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah kepada Cikgu Lina. Sambil tersenyum simpul, Minah meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak tersebut. Maka, jenuhlah Cikgu Lina meneka, bermula dari kek hinggalah lampu tidur. Semua itu disambut dengan gelengan kepala Minah. Tidak semena-mena, ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan laju, Cikgu Lina mencalit titisan itu dengan jarinya dan memasukkan ke mulutnya.
"Hmm...masamla...cikgu tau dah..kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu kegemaran cigu nie? Pandainya." "Emmm..sebenarnya cikgu, saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Minah sambil berlalu dari situ.
Wednesday, March 4, 2009
L>E>L>A>K>I
Sebelum tu..mintak maaf laa yer...kalo ade lelaki yg terasa or tersinggung dengan ape yg Ben nk taip ni...bkn niat di hati nak mengkritik or memandai tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pandangan dari ape yang Ben lihat =)..Benar atau tidak???tepuk dada tanya selera..
1) "Ayat-Ayat Cinta" - kalo bab mengayat...hmmm..mmg PRO lah..kdg2 pelik jugak mane lah dorg blaja yer..kalo ikutkan mostly yg baca novel cintan cintun ni golongan wanita..bkn xde lelaki yg baca novel camni tp kurang laa..terkejut gk kdg2 ayat yg kuar dari mulut lelaki perrhhh mmg manis abis laa..gula pun kalah..mmg tahap diabetes teros lah..kau lah bintang kau lah bulan silap2 ari bulan kau kena tinggal..ngee~..erm..tapi kenapa lelaki x praktikan ek ayat-ayat bunga2 ni dalam karangan time skolah dulu yer..hehe..Ben xnafikan wanita mmg dambakan ayat-ayat cinta dr lelaki =)..dan ini salah satu kelemahan wanita yg sentiasa ingin dipuji dan dimanjai dgn kata2 puitis..
2) Cemburu - IMPOSSIBLE kalo LELAKI katekan die xpernah cemburu..seEGO mane diri LELAKI tetap juga ada perasaan cemburu walaupun sebesar kuman or hama..selalunya LELAKI akan cemburu bila kekasih hati asyik menyebut name LELAKI lain..tambah LELAKI yg disebut tu handsome, kacak, kaya, bergaya, tampan...huhuhu..mau panas hati si teman LELAKI...hahaha..pe org kate.erm kasi bakar line..hehehe..kdg2 bukan niat si wanita ingin menyebut name LELAKI lain tp saje jer ingin menguji hati si kekasihnya =)
3) Sahabat yg setia - Selalunya bila wanita menghulurkan tangan persahabatan terhadap LELAKI jarang sekali kita berasa hampa..kerana bagi LELAKI bila sudah menerima huluran maka akan digenggamnya erat2 dan dijaganya dengan baik =)..bkn wanita sahaja yg boleh menjadi pendengar setia, LELAKI pun boleh tau..jarang sekali kita melihat individu yang mempunyai sahabat karib yang berlainan jantina selalu bergaduh. Contohnya wanita yang mempunyai sahabat karib LELAKI jarang kelihatan bergaduh atau timbul perasaan tidak puas hati jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai sahabat karib yang terdiri dikalangan wanita juga. Wanita lebih selesa berkongsi masalah dengan sahabat karib LELAKI lebih2 lagi dalam soal cinta dan begitulah sebaliknya..
4) Resah - Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Ye la, kalo tersilap kata mau tertutup peluang terus..hihihi..LELAKI akan praktis dulu sebelum berdepan dengan wanita tersebut. Tips2 dari rakan-rakannya yang berpengalaman juga diambil kira dan tidak dilepaskan untuk dijadikan panduan.
5) Direct to the point - Bila LELAKI cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita paham akan maksudnya..erm, xdinafikan jujur itu penting tetapi perlulah menjaga hati orang lain juga =)..Susunan ayat memainkan peranan penting agar tiada salah faham atau perasaan kecil hati timbul..Berbeza pula sekali dengan cara percakapan wanita, kerana wanita akan menapis terlebih dahulu setiap ayat yang ingin dikeluarkan dari mulut supaya tidak menyinggung perasaan si buah hatinya..
6) Air mata - LELAKI cukup lemah apabila melihat wanita menangis dihadapannya tambahan air mata itu datangnya dari wanita yang disayangi dan dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan =)..selalunya bila LELAKI berhadapan dengan situasi ini, terserlah lah kegelabahannya untuk memujuk si kekasih hati..Sikap cool dan perasaan marah terus hilang..ape yang ade dalam fikiran, macam mane cara hendak hentikan tangisan kekasih hati selain memberikan tisu...hehehe..
*** Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! ***
Wednesday, February 25, 2009
LAUNCHED NEW PRODUCT ! ! !
*** MICHU CHIPS ***
ape itu michu chips???michu chips to cookies ler cik kak dan en.abang oiii...ni la product keluaran terbaru company kiteorg, MACHU PICHU SDN.BHD..company ni belum lagi berdaftar sebenarnyer..hahaha=D..company ni exist just for presentation subjek marketing communication only..cmne timbul nyer company ni sebab lecture kiteorg soh wat 1 projek either create a new product or presenting existing product..
So setelah mengadakan minit mesyuarat yang nth ke berapa kali nya..maka group kami mengambil keputusan untuk create a new company and new product teros...konon2 jer la...hehehe..tp lame2 cm terover excited pulak kiteorg wat projek ni...ngeee~best woo..gelak tawa xpyh nak cakap laa...mmg pecah perut...tambah CEO kami ni mesra rakyat..hahaha..so members of director mmg semangat ar wat keje masing2 dalam memastikan kelancaran product baru kami..ade yang melecur tangan time bake this cookies..ade gak yang jadi penunggu dapur tetap..hahaha..siapa??jeng3..teka sdri...yang pasti bukan Ben yer...bahagian mengedit2 memang diungguli oleh happy family (grandma,mother,daughter)..hahahaha=D.. ape yang penting???KERJAAAAAAAAAASAAAAAMAAAAA =)
Subscribe to:
Posts (Atom)






