Thursday, May 14, 2009

CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 3

*** sambungan episod 2 ***

Inspektor Shahrin terkedu melihat air mata Salina. Dia berasa serba salah dengan Salina, hendak dilapkannya bukan muhrim la pulak. Dia hanya mampu memandang Salina. Salina terus membelakangkan Inspektor Shahrin apabila perasan akan dirinya diperhatikan oleh Inspektor Shahrin.
"Tu la kau, gatal lagi nak kenakan orang. Kau tengok ape yang kau dah buat,"marah Inspektor Shahrin di dalam diri.
Salina mengesat air matanya, lalu berpaling semula ke arah Inspektor Shahrin. Salina menarik nafas untuk menenangkan dirinya agar bicaranya tidak tergagap-gagap. Inspektor Shahrin menunggu bicara yang keluar dari bibir Salina.
"Inspektor, ade ape-ape lagi tak? kalau dah takde ape-ape lagi, dipersilakanlah Tuan Inspektor pulang," sinis kata-kata Salina kedengaran di cuping telinga Inspektor Shahrin.
Inspektor Shahrin terdiam sebentar dengan perubahan sikap Salina yang menjadi dingin serta-merta. Sememangnya dia mengerti kenapa Salina berubah laku. Ini semua berpunca dari dirinya sendiri. Kalaulah dia percaya kata-kata Haris petang tadi tentang Salina mungkin tidak akan terlintas sama sekali difikirannya ingin mengenakan Salina. Tetapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa. Inspektor Shahrin mengatur langkahnya untuk pulang ke rumah dengan perasaan yang serba salah. Salina terus menutup pintu rumah dan baru saja dia ingin melangkah pergi ke biliknya tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu lagi.

"Aduhai...siapa lagi ni," rungut hati kecil Salina.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacul wajah Inspektor Shahrin. Inspektor Shahrin tersenyum memandang Salina untuk mengurangkan perasaan takutnya. Mana taknya air muka Salina berubah macam singa bila terpandang akan dirinya. Inspektor Shahrin menyusun kata-katanya agar tidak menambahkan lagi kemarahan Salina terhadap dirinya.

"Maafkan saya Salina. Mungkin cara saya bergurau dengan awak agak keterlaluan, saya janji takkan buat lagi...please maafkan saya," rayu Inspektor Shahrin.

*** bersambung ***

Wednesday, May 13, 2009

AT-10-TION ! ! !

Assalamualaikum.....
pada penggemar-penggemar cerpen, sambungan cerpen Ben iaitu "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" kini sudah kembali...Sorrylah agak terlambat postkan sambungannya...ampun maaf dipinta yer...Ben telah cuba memikirkan jalan cerita yang menarik untuk setiap episod cerpen ini...harap kamu semua suka...enjoyz your reading..segala komen daripada saudara dan saudari amatlah dialu-alukan...xkisah la kritikan ker ataupun pujian...if kritikan, Ben terima dengan hati yang terbuka...if pujian, syukur alhamdulillah...hehehe (",)

Saturday, May 9, 2009

AWARD....ngeeee~

huhuhu...Ben x tau ape2..tup2..si G-jah soh gi page die...setelah diperiksa, rupa2 nyer Ben mendapat award dari die...tQ yer ;)

Terima kasih pada yg telah mengundi Ben...huhuhu...pada mak dan ayah, Ben dapat award..yeah yeah...pada kawan2 jgn lupe bg lah award lagi..ngeee~;P

...ni rules yg perlu diikut...

1. Put this badge in your awesome blog
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly
3. Make sure you put the recipients' names here, along with their links
4. Let them know about this

TAHNIAH pada pemenang diatas..weeee~

p/s : hadiah duit xde skali ker????hihihi...^_^

hOoyEAahH...Final Exam selesai sudah..wiwiwiwi

Syukur Alhamdulillah, selesai sudah final exam untuk semester ini...huhuhu..hmmm..nak tau ssh ker tak?wawawawa..mmg x terkata lah..juz mampu tawakal jer laa ni..mudah-mudahan Allah lembutkan hati org yang tanda kertas exam Ben..ngeee~;)
Ape pun sume nyer dah lepas, Ben dah cuba wat terbaik..Semoga dipermudahkan oleh-NYA memperoleh kejayaan...Amin...
p/s: cam xdpt jer nk capai misi + visi....wawawawa