Friday, July 31, 2009
20 perkara . . .
Thursday, July 30, 2009
CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 7
Datin Marissa dan Dato' Hanafi tidak mahu memaksa Salina, mereka tahu Salina mungkin berasa segan untuk memanggil mereka dengan gelaran begitu. Namun, keselesaan Salina lebih penting bagi pasangan suami isteri itu. Salina menjadi teman Datin Marissa dikala dirinya sepi dan sunyi dirumah besar ini. Nak harapkan Si Haris, memang tak lekat dirumah langsung. Ntah apa nak jadi dengan anak tunggalnya itu, kerja pun tidak walhal telah diajak oleh suaminya membantu menguruskan business keluarga. Tetapi alasan anaknya itu, tidak mahu bekerja dengan papanya sendiri.
Wednesday, July 29, 2009
GERAMNYAAAAA ! ! !
lagu mane weh nk halau ini CICAK yg byk degil wooo..huhuhu..wat bunyi bising pun xnk gerak2..habis bantal bilik terabur..still wat derkk jer kat ku...
eeee~geli aih..
Monday, July 27, 2009
WATAK-WATAK - CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU"
saje jer nk refresh minda korg balik..hihihi..tak tau laa korg dah baca ke belum cerpen Ben ni..ngee~..erm..pada sape yg dah baca cerpen Ben, terima kasih yer sudi meluangkan masa anda untuk membacanya (",)..Pada yg belum baca, pe lagi ringan2 kan jari anda untuk click pada setiap episod cerpen ini..hehehehe
Lukisan di bawah ni gambaran setiap watak dalam cerpen "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU"..Mintak maaf naa kalo lukisan Ben buruk..hihihi..Ben tak reti melukis sangat..Ben cuba berimiginasi untuk mendapatkan gambaran rupa setiap watak..ini lah hasilnya.. (agak2 ade tak orang yang sama muka dengan wajah lukisan ni? hihihi..mane laa tau kebetulan ade ke..nak tgk jugak muka yg real..hahaha)
H1N1 menyerang UiTM ! ! !
Saturday, July 18, 2009
CHAPEK aihhh...
huhuhuhu...
kepenatan telah dirasai..br je 2 weekz start class tp Ben dah rasa penat cam setahun..hadoiii..mane taknye..br je diz week lecturer start ajar tup2 dah start presentation next week..ade ke patut..???xpatut..xpatut..
Lagi satu..asgmt xnk pulak kan menimbun-nimbun aih...kalo sorok budak kecik pun blh xnmpak..huhuhu..yg xtahan asgmt subjek agro..kna g interview org and wat research..xnk pulak asgmt tu individual..bikin cabut jantung Ben..huhuhuhu...mane pulak Ben nak cari org dok tanam2 aih..fening..fening..then hasil dari research tu kena wat journal..waduh..waduh..dah mcm budak master pulak aih..eden br degree encik lecturer oiii...uwaaaaaaaaaa......
serabut otak aishh...dengan nak cari tempat praktikal dengan nak siapkan asgmt..aaayooyooo..gawat..gawat..
insan yg tertekan -> yabeen ='(
Sunday, July 5, 2009
Hey KAWAN
Hey KAWAN..
Hey KAWAN..
Hey KAWAN..
HATIKU KOSONG
Hatiku mula berasa kosong..
Ketika sang suria mula terbenam..
Ntah kenapa hatiku berperasaan begitu ..
Walhal aku ade ayah, emak, abang dan adik..
Aku juga punya sahabat, rakan dan teman yang memahamiku..
Hatiku mula berasa kosong..
Mungkin hari esok akan menjelma..
Kehidupan aku akan berubah..
Dimana nafas ku akan sesak ditimbuni kerja-kerja kuliah..
Aku akan bergelar mahasiswi untuk semester yang terakhir..
Hatiku mula berasa kosong..
Bukan kerna aku takut untuk mengharungi hari esok..
Ku tau suatu saat nanti tiada lagi hari esok untukku..
Disaat itu tiada keluarga, sanak saudara dan teman akan menemaniku..
Aku akan menghadapi dan melaluinya seorang diri..
Kerana disana adalah dunia yang hakiki buatku..
Saturday, July 4, 2009
CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 6
*** sambungan episod 5 ***
Shahrin pula hanya memerhatikan tingkah laku Salina dan kemudian memandang ke arah Haris. Shahrin dapat menangkap apa yang terlintas dibenak fikiran Haris dan cuba menahan gelak bila terpandang kenyitan mata Haris.
Sememangnya Haris suka sangat mencari pasal dengan orang gajinya ini. Haris tidak tau mengapa, kenapa atau sebab apa? Baginya apa yang dilakukan oleh Salina serba-serbi kekurangan dimatanya. Dia juga tidak tahu kenapa papa dan mamanya amat menyenangi sikap Salina. Tambahan pula kedua orang tuanya juga telah menganggap diri Salina sebahagian daripada keluarga mereka dan sentiasa menjaga kebajikan Salina. Pernah suatu ketika mamanya memarahi dan menegur sikapnya apabila terpandang akan dirinya memarahi Salina dihalaman luar rumah. Puncanya hanya kerana Salina sengaja lewat membangunkan dirinya untuk pergi menghadiri temuduga. Walhal Salina telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar.
"Ti..ti..ti..," tersangkut-sangkut suara Salina cuba menerangkan keadaan sebenar. "Ti apa?! Tikus!! Kau ni kan memang ada penyakit parkinson eh! tergagap-gagap dari tadi! huh!," berdesing telinga Salina mendengar kata-kata En.Haris. Salina cuba mengawal dirinya supaya tidak terlalu mengikutkan emosi. Dia tahu disaat ini, dia perlu bijak mengawal api yang sedang marak itu meskipun hatinya sakit diperlakukan begitu. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjelaskan keadaan sebenar. "Maafkan saya Encik Haris. Saya dah ketuk pintu Encik seperti yang Encik suruh..bukan sekali dua tapi banyak kali..kebetulan Datin lalu dan melarang saya dari terus cuba mengejutkan Encik. Datin mahu Encik berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain," terang Salina dengan lancar dan tidak tergagap-gagap seperti tadi. "Argh! alasan jer tu..huh! Kau tu yang ketuk pintu lembik sangat..Kalau kau ketuk kuat mesti aku dah dengar punya," balas Haris dan berlalu pergi. "Laa..buang ayaq liur aku jer cakap ngan dia ni, boleh pulak dia tak caya..aiyark..orang mcm ini pun ada kaa..," keluh Salina dengan sikap tuannya itu. Salina begitu kecewa dengan sikap tuannya. Ntah mengapa setiap kali penjelasan yang diberikannya sukar benar diterima. Malahan tuannya menganggap apa yang cuba disampaikan olehnya hanyalah rekaan dan dusta belaka. Sepanjang dia bekerja 2 tahun dirumah Dato' Haris dan isteri Dato' iaitu Datin Marissa, tidak pernah sekalipun En.Haris menyenangi dirinya. Pelbagai perkara telah pun dilakukan untuk mengambil hati tuannya tetapi ianya hanyalah sia-sia sahaja. Salina beruntung kerana isteri Dato' Hanafi juga seorang yang baik hati, lemah lembut, mudah mesra dan penyayang. Dia amat bersyukur kerana dikurniakan majikan seperti Dato' dan Datin. Walaupun dirinya hanyalah sebagai orang gaji dirumah mewah itu tetapi Datin Marissa melayan dan menyayanginya tidak ubah seperti seorang anak. Kadang-kala dia terfikir nama En.Haris ni mungkin di ambil daripada gabungan nama Dato' dan Datin iaitu daripada suku kata Ha dan Ris. Tetapi untuk bertanya sendiri kepada Datin, dia tidak berani sama sekali. "Danggggg!" terkejut Salina apabila mendengar bunyi pintu rumah yang ditutup oleh Encik Haris itu dan mengembalikan dirinya ke alam nyata. Dia tidak sedar bila Inspektor Shahrin pulang dan bila masanya En.Haris menghantar Inspektor Shahrin ke muka pintu. "Adush..mati aku, sat lagi aku mesti kena marah ni..huhuhu," duga Salina di dalam hati. Salina masih lagi tidak berganjak dari tempatnya dan menanti arahan tuannya. Haris menuju ke arah Salina dengan wajah yang masam mencuka dan tiada secebis senyuman terukir dibibirnya. "Yang kamu tercegat kat sini lagi kenapa?" soal Haris dan terus berlalu pergi tanpa sempat Salina membalas. Ternyata dugaan Salina meleset lagi. Selalunya, jarang sekali tuannya melepaskan peluang memarahinya tambahan pula Dato' Hanafi dan Datin Marissa sedang nyenyak tidur ketika ini.
"Nak kata teguk air syaitan..erm...tak jugak..takde gaya org mabuk pun," Salina mengomel sendirian. "Oiii..gagap..kalau kau nak jadi patung kat situ pun blh jugak!" laung Haris dari jauh apabila menyedari diri Salina masih tidak memberikan apa-apa reaksi.
*** bersambung ***
Thursday, July 2, 2009
CERPEN "DALAM DIAM KU MENCINTAI DIRIMU" - Episod 5
"Ada apa ni Salina? Kau ni pulak Shah buat apa kat sini?," soal Haris sekaligus mematikan kerisauan Salina. "Ermm...tak der apa-apa Encik Haris, Tuan Inspektor cuma mahu pulangkan telefon bimbit Encik," jujur Salina menjawab. "Telefon bimbit? aiyark...skema nya aku..huhuhu," sedar Salina akan perkataan yang digunakannya sebentar tadi. Mujurlah omelannya kurang jelas kedengaran, kalau tidak mesti tuannya fikir dirinya ada hati hendak menjadi orang bandar. Sememangnya Salina berasa takut dengan tuannya. Nak kata rupa En.Haris garang, tak juga,hensem dan kacak lagi adalah. Malah turut mewarisi rupa paras Dato' Hanafi iaitu papa En.Haris sendiri. Warna kulit En.Haris pula putih kemerahan dan tubuh badannya pun boleh tahan tegapnya. Silap-silap boleh jadi model gitu. Apa yang pelik sikap dan tingkah laku Dato' Hanafi dan En.Haris sungguh berbeza sekali bagaikan langit dengan bumi. Dato' amat menitik beratkan soal agama dan beliau juga merupakan seorang yang peramah, mudah bergaul mesra dengan siapa sahaja serta sentiasa mementingkan kebajikan pekerjanya. Ianya jelas ketara dengan sikap En.Haris yang merupakan satu-satunya anak tunggal Dato' Hanafi. Perbezaan sikap ini juga turut mempengaruhi perasaan takut yang sedia ada terhadap tuannya selain daripada sikap tuannya yang sukar diduga. Tuannya akan berpura-pura berlagak baik terhadap dirinya setiap kali berada dihadapan Dato' Hanafi. Ketika itu, segala sifat buruk tuannya hilang sama sekali. Dia juga tidak pernah mengadu kepada Dato' Hanafi akan perangai sebenar En.Haris kerana dia tidak sanggup merosakkan hubungan baik dua beranak itu. "Yupz, betullah apa yang Salina kata tadi. Aku ingat nak pulangkan esok jer tapi mana laa tau tup-tup ada emergency case ke kau nak guna handphone, tu yang aku pulangkan pagi ni gak. Nak contact kau...hmmm...memang tak dapat laa kan so umah kau ler yang aku ketuk," jelas Shahrin dengan panjang lebar sekali sekaligus mematikan khayalan Salina. "Mana handphone saya?" soal Haris sambil menjeling ke arah Salina. Salina tunduk dan menghulurkan handphone kepada En.Haris tanpa sebarang bunyi. Dia takut untuk mendongak dan memandang muka tuannya tambahan pula suara tuannya kedengaran begitu tegas sekali. Lantai marmar menjadi tempat perhentian mata Salina sambil menunggu arahan selanjutnya daripada tuannya, En.Haris.